KOTA BHARU: Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Negeri, Mohamad Md Nor berkata, rata-rata mereka menjadikan lokasi tumpuan awam untuk melakukan kegiatan itu seperti sekitar hadapan bank, perkarangan Masjid Muhammmadi, Pasar Siti Khadijah dan Laman Hijau.
Katanya, antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan ingin mendapat wang tambahan selain untuk menampung kos rawatan disebabkan faktor kesihatan.
"Pihak kami ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak tertipu dan berhati-hati ketika bersedekah dan menderma memandangkan hampir 80 peratus mereka yang ditahan adalah penerima bantuan bulanan JKM.
JKM turut melancarkan Kempen Bijak Membantu Elak Tertipu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai untuk memberi bantuan sewajarnya kepada pengemis dan peminta sedekah kerana kita mendapati terdapat segelintir daripada mereka mempunyai wang simpanan sehingga mencecah RM20,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat JKM negeri, di sini, selepas menyertai Operasi Bersepadu Pengemis JKM bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dengan kekuatan anggota seramai 32 orang, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Mohamad berkata pihaknya telah menahan seramai 10 pengemis dan peminta sedekah membabitkan sembilan warganegara dan seorang rakyat Thailand yang berumur antara 50 hingga 77 tahun.
Katanya, menerusi operasi yang diadakan sejak 9.30 pagi hingga 2 petang itu, dua daripada pengemis yang ditahan dikenal pasti menggunakan dokumen palsu daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk memohon sumbangan bagi surau dan masjid di negeri ini.
"Kami akan melakukan dokumentasi terhadap kesemua warga tempatan yang ditahan sama ada mereka akan dihantar ke rumah orang tua atau diberikan amaran keras termasuk dengan menandatangani Surat Aku Janji manakala bagi warga Thailand yang ditahan akan diserahkan kepada pihak Imigresen.
Kita juga tidak menolak kemungkinan, bilangan pengemis dan peminta sedekah ini akan bertambah terutamanya apabila memasuki tempoh seminggu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana lebih ramai yang akan memberi derma sambil bersedekah," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Kelantan, Mohamad Md Nor (dua, kiri) menunjukkan prop yang digunakan oleh pengemis di negeri ini yang ditahan menerusi Operasi Bersepadu JKM negeri. - Foto BERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis
Sindiket itu beroperasi sejak April lepas dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 sebulan.

Warga asing guna ubat 'tidurkan' kanak-kanak untuk mengemis
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit.

Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.

Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.

Main kasar! Taktik baharu pengemis ibu kota
Mereka didakwa menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.

Warga Thailand dakwa mengemis untuk ubat penyakit anak
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.

80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

13 termasuk lima warga asing ditahan mengemis di Kota Bharu - JKM
Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi.