KUALA LUMPUR: Seramai 828 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sejak tahun lepas, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata angka itu melibatkan rakyat Malaysia yang berada di 38 negara termasuk negara jiran Singapura.
"Mengikut rekod, masih ada lagi rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti wabak itu dan ramai juga yang dijangkiti sudah sembuh.
"Namun, jumlah rakyat kita yang disahkan positif COVID-19 di setiap negara tersebut adalah sedikit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Malaysia Prihatin di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, hari ini.
Mengenai perkembangan situasi rakyat Malaysia di Chile susulan perintah kuarantin di negara berkenaan, Kamarudin berkata setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan baik.
COVID-KAMARUDIN (LUAR NEGARA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata pihak Kedutaan Malaysia di Chile terus memantau situasi terkini dan sentiasa berhubung dengan rakyat terlibat dan keluarga mereka di tanah air.
"Setakat ini, tiada rakyat kita di Chile yang dijangkiti COVID-19," katanya.
Isnin lepas, kerajaan Chile mengumumkan lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula Selasa berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021

Kamarudin (gambar) berkata angka itu melibatkan rakyat Malaysia yang berada di 38 negara termasuk negara jiran Singapura. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.