SHAH ALAM: Sembilan warga tempatan termasuk sepasang suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata penahanan ke atas tujuh lelaki dan dua wanita berumur lingkungan 21 hingga 41 tahun itu dilakukan selama dua hari bermula Isnin lepas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
"Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen melibatkan aktiviti mengugut dengan menampal notis, mengunci rumah dan menyimbah cat ke rumah peminjam di sekitar Shah Alam, serta di beberapa kawasan lain, " katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya sindiket itu didapati mula beoperasi pada bulan lepas dengan seorang suspek yang ingin membuat pinjaman along sebaliknya telah ditawarkan kerja tersebut dengan upah sekitar RM300 ke RM450 mengikut jarak dan tindakan yang diambil.
Beliau berkata suspek lelaki berusia 41 tahun itu kemudian mengajak rakan-rakannya yang lain untuk bersama-sama melakukan ugutan terhadap peminjam dan siasatan mendapati sebanyak 80 transaksi pembayaran telah diterima daripada along ke dalam akaun lelaki itu.
"Kami sedang menjejaki along yang terlibat dan dipercayai sindiket itu berurusan dengan lebih satu along yang kebanyakan pembayaran dilakukan secara deposit tunai," katanya.
Mohd Iqbal berkata hasil siasatan awal mendapati, kesemua mereka tidak bekerja dan tujuh daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik dan jenayah.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Wang dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan mereka kini direman bermula semalam hingga 31 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Mohd Iqbal berkata penahanan ke atas tujuh lelaki dan dua wanita berumur lingkungan 21 hingga 41 tahun itu dilakukan selama dua hari bermula Isnin lepas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Lelaki mengaku tidak bersalah lakukan khianat api
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini hari ini, atas dakwaan melakukan khianat dengan api pada awal Jun lepas.

Lelaki ambil upah baling bom petrol di Melaka ditahan
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur.

Sindiket tawar pinjaman jerat mangsa di musim perayaan
Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.

Polis Sarawak giat kesan sindiket along upah bakar rumah
Azman berkata susulan itu, tujuh suspek warga tempatan berjaya ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 17 Julai lalu.

9 ditahan ambil upah lakukan khianat, ugutan kepada peminjam along
Sembilan termasuk suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along.

Sindiket along: 52 individu ditahan di empat negeri
Kesemua suspek adalah anggota sindiket kumpulan 'Ah Han', 'Ah Sing' dan 'Jimmy'.

Jangan terpedaya muslihat along - Mohammad Shatar
Pakar Sosial, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran, berkata golongan itu akan sentiasa menawarkan pinjaman mudah dan segera sambil menyasarkan golongan yang terkesan untuk dijadikan mangsa.