KUALA TERENGGANU: Sembilan lelaki termasuk lima pelajar sekolah ditahan berdekatan sebuah masjid di sini selepas disyaki tidak menunaikan solat Jumaat.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, mereka ditahan dalam operasi dijalankan bahagian penguatkuasaan dengan kerjasama unit penguatkuasaan daerah kira-kira jam 2 petang pada Jumaat.
Menurutnya, tangkapan terhadap kesemua lelaki berusia 14 tahun hingga 37 tahun itu dilakukan oleh pegawai penguat kuasa syariah wanita yang telah berada di lokasi berkenaan bermula jam 1.30 tengah hari.
"Lokasi tangkapan ini dilakukan berdekatan dengan masjid tersebut setelah pihak kami menerima aduan daripada orang awam.
"Ketika ditahan, masing-masing didapati sedang bersembang," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Sabtu.
Khairul Azizi memberitahu, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
"Lima pelajar sekolah berusia 14 tahun hingga 17 tahun dan empat lelaki berusia 23 hingga 37 tahun itu telah dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk tindakan lanjut.
"Mereka dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah.
"Kita nasihatkan orang ramai supaya dapat menjadikan kes seumpama ini sebagai pengajaran dan tidak terlibat dalam kesalahan jenayah syariah," ujarnya.
Berdasarkan enakmen kesalahan jenayah syariah itu, mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan kesalahan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024

Seramai sembilan lelaki berusia 14 hingga 37 tahun ditahan pegawai penguatkuasa wanita JHEAT kerana tidak menunaikan solat Jumaat.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

9 lelaki leka bersembang, tidak solat Jumaat ditahan
Sembilan lelaki termasuk lima pelajar sekolah ditahan berdekatan sebuah masjid di sini selepas disyaki tidak menunaikan solat Jumaat.