Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali berjaya mematahkan cubaan menyeludup musang dan kura-kura bernilai RM19,000 dalam Ops Landai di kawasan tepi Sungai Semerak berhampiran Jeti Tamansara Sdn Bhd, di sini, semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 11 pagi itu, sebanyak 90 ekor musang dan 14 ekor kura-kura dirampas hasil maklumat orang ramai.
Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, berdasarkan hasil risikan, pihaknya percaya kesemua haiwan berkenaan untuk diseludup keluar ke negara jiran melalui jalan laut.
"Kesemua haiwan itu yang ditemui itu diletakkan di dalam sangkar dan disembunyikan di dalam semak.
"Bekalan haiwan itu diperolehi daripada penduduk setempat, di mana mereka mengumpul dan menyorokkan haiwan berkenaan di suatu tempat sebelum diserahkan kepada penyeludup kerana mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar makanan eksotik di Thailand dan Vietnam, " katanya dalam sidang media di Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali, di sini, hari ini.
Beliau berkata, tidak ada tangkapan dibuat kerana tiada individu yang datang mengaku sebagai pemilik selepas beberapa jam pihak kami merampas haiwan eksotik ini.
"Kesemua haiwan yang dirampas itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
"Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan dan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, harga pasaran bagi seekor musang adalah RM200 manakala kura-kura pula dijual dengan harga RM14 untuk satu kilogram.
"Pihak kami sentiasa terus komited bagi mengekang aktiviti penyeludupan haiwan eksotik dan bekerjasama dengan PERHILITAN selain mempergiatkan operasi di kawasan perairan yang berdekatan sempadan," tambahnya.
Vivi Sumanti
Mon Aug 26 2019

Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 11 pagi itu, sebanyak 90 ekor musang dan 14 ekor kura-kura dirampas hasil maklumat orang ramai. - Foto Astro AWANI

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN

Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.

Minat haiwan eksotik, cetus idea Kakak Raptor buka 'petting zoo' bergerak
Mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatannya.

Sup kala jengking, ular menu kegemaran di Guangdong
Makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama.

Haiwan eksotik ambil kesempatan mengawan semasa zoo ditutup akibat COVID-19
Antara kelahiran baharu haiwan-haiwan itu adalah harimau bintang, harimau bengal, kuda belang, zirafah, antelop dan lembu.

Gagal seludup haiwan eksotik, 92 kura-kura dari Thailand
PGA Batalion 8 menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup masuk pelbagai haiwan eksotik bernilai RM61,800.

Import hidupan liar diharamkan di Sarawak - SFC
Langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman.

China nafi kewujudan pasar haiwan eksotik - Kementerian Luar
Jurucakap Kementerian Luar China membidas kenyataan pegawai AS, yang mendakwa China kini mengubal undang-undang menyeluruh berkenaan kegiatan haram seperti memburu, memperdagang, mengeksport haiwan li

Australia gesa pengharaman pasar jual haiwan liar
Kerajaan Australia telah meminta sokongan negara-negara G20 untuk bersatu dalam memastikan isu ini ditangani.

Pasar haiwan eksotik Wuhan dibuka semula?
Selepas tiga bulan penularan wabak COVID-19, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik.