PUTRAJAYA: Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini dan empat lagi masih dalam proses perolehan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata kira-kira 1,200 klinik daif disenaraikan untuk kerja baik pulih dan naik taraf yang akan dilaksanakan secara berfasa serta melibatkan peruntukan lebih RM110 juta, dengan perlaksanaan kerja bermula tahun ini di 436 klinik dan lebih 300 klinik pada tahun depan.
"Senarai klinik daif paling banyak diterima dari Terengganu membabitkan 58 klinik, diikuti Negeri Sembilan iaitu 44 klinik dan masing-masing 42 klinik di Perak dan Pahang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di sini hari ini.
Pada 3 Julai lepas, Majlis Tindakan Malaysia MADANI mengumumkan tumpuan kepada dua projek di bawah inisiatif Ekonomi MADANI iaitu menaik taraf fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan memperluas pelaksanaan Gerai MADANI.
Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa proses perpindahan kakitangan perubatan yang sedang dilaksanakan ketika ini tidak menjejaskan perkhidmatan di fasiliti KKM terutama di sekitar Lembah Klang.
"Kita sedang melakukan exercise memindahkan petugas kesihatan khususnya di Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan petugas kesihatan di fasiliti kita, jadi di mana kekosongan yang berlaku di Semenanjung ini akan segera dipenuhi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kita tidak terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita yang mendakwa terdapat pemindahan penempatan untuk kira-kira 1,000 pegawai perubatan di hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang dibimbangi akan memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang.
Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa bekalan ubat dan bukan ubat kepada semua kemudahan KKM tidak terjejas ekoran status syarikat farmaseutikal Pharmaniaga Bhd di bawah Nota Amalan 17 (PN17) ketika ini kerana mengalami masalah kewangan.
Katanya, Pharmaniaga, yang diklasifikasikan di bawah PN17 akhir tahun lepas, ketika ini hanya terlibat dalam pengedaran atau logistik.
"Kita (KKM) ada beberapa cara juga untuk perkhidmatan farmaseutikal ini (termasuk) dengan berurusan terus dengan syarikat-syarikat terlibat, jadi memang tidak memberi kesan terhadap pembelian atau pembekalan ubat," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Dr Zaliha berkata, kira-kira 1,200 klinik daif disenaraikan untuk kerja baik pulih dan naik taraf yang akan dilaksanakan secara berfasa serta melibatkan peruntukan lebih RM110 juta. - Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Isu Kampung Baru: Sebahagian bayaran pampasan tambahan sudah diserah - Dr Zaliha
Bayaran pampasan tambahan bagi pengambilan tanah daripada 11 pemilik unit flat di Kampung Sungai Baru di Kampung Baru telah diserahkan kepada pemohon.

Hampir RM10 bilion dibelanja bagi penyakit tidak berjangkit - Dr Zaliha
Sejumlah RM9.65 bilion telah dibelanjakan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara.

Pengurusan tekanan petugas kesihatan sekarang mencukupi - Dr Zaliha
Kaedah pengurusan tekanan dan kesihatan mental sedia ada untuk petugas kesihatan adalah mencukupi namun boleh ditambah baik jika perlu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.