Kira-kira 95 peratus daripada 122 mangsa yang maut semasa kebakaran di seluruh Malaysia dari Januari hingga 16 Nov tahun ini, didapati meninggal dunia ketika sedang tidur, kata Penolong Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Hamdan Wahid.
Beliau berkata kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur.
Hamdan berkata mengikut statistik kematian akibat kebakaran di rumah kediaman dari awal Januari hingga 16 Nov ini, juga menunjukkan peningkatan kepada 122 kes kematian direkodkan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 80 kes.
"Peratusan ini meningkat akibat kecuaian dan juga kealpaan penghuni kerana mengambil ringan soal keselamatan di dalam rumah dengan tidak menyediakan alat pengesan asap dan juga alat pemadam api di kediaman mereka.
"Oleh itu pihak bomba sedang giat melakukan 'jangkau luar' untuk menyampaikan maklumat kepada anggota masyarakat dengan memberikan taklimat dan kempen serta memberi 'alat pengesan asap' dan 'alat pemadam api' untuk diletakkan di dalam rumah'," katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Kunci Projek Pembinaan Rumah, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), My Beutiful Neighbourhood di sini, hari ini.
Turut hadir bagi merasmikan majlis ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar dan Pengarah JBPM Negeri Sembilan Norazam Khamis.
Mengulas lanjut, Hamdan berkata sekiranya terdapat mana-mana persatuan ataupun komuniti yang berhasrat untuk mendapatkan taklimat mengenai tindakan awal jika berlaku kebakaran, mereka diminta datang ke balai bomba berdekatan dan memohon pihak bomba memberikan taklimat atau ceramah di kawasan kediaman mereka.
Sementara itu, Hamdan berkata sejak 2012, sebanyak 180 buah rumah yang terlibat dalam kebakaran telah dibina semula di bawah program pembinaan semula rumah NBOS, My Beautiful Neighbourhood dengan kos keseluruhan sebanyak RM7.28 juta.
Beliau berkata objektif bagi projek pembinaan semula ini ialah membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah supaya ada tempat untuk berteduh selepas rumah mereka musnah dijilat api.
"Tidak semua rumah yang terbakar, pihak bomba akan bina semula tetapi perlulah menepati kriteria yang ditetapkan contohnya seperti di kawasan luar bandar kerana rumah mereka tiada perlindungan insurans berbanding di bandar.
"Ini juga adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat pihak bomba kerana rumah ini telah dibina oleh anggota kami sendiri yang memiliki kepakaran dalam pertukangan tanpa mengambil sebarang upah," katanya.
Hamdan berkata kos pembinaan sebuah rumah dianggarkan RM30,000 ke RM40,000 yang hanya mengambil kira kos membeli bahan binaan.
Rumah yang dibina semuanya memiliki tiga bilik tidur dan satu ruang tamu serta dua bilik air.
Pada majlis itu kunci rumah diserahkan kepada Maimunah Husin yang rumahnya di Mukim Si Rusa, Telok Kemang, di sini, terbakar pada April lepas dan telah dibina semula oleh pihak bomba dalam masa 40 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017

Tun Hairudin (kiri) merasmikan penyerahan rumah sambil diperhatikan Hamdan (dua, kanan) dan Norazam (kanan) pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program NBOS Jabatan Bomba di Mukim Si Rusa hari ini. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan
Kejadian menyebabkan mangsa bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.

Lelaki ditahan kes gaduh berebut lot parkir
Isteri lelaki berusia 50-an turut campur dalam pergaduhan tersebut dengan membaling telur ke arah pengadu dan rakannya.

Malang tidak berbau! Ini 10 alat kecemasan perlu sentiasa ada dalam kereta
Dengan adanya kit kecemasan, anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan dengan baik.

Alat pemadam api meletup, tiga cedera, seorang hampir putus kaki
Tiga lelaki cedera, termasuk seorang hampir putus kaki apabila alat pemadam api meletup di sebuah rumah kedai di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl, dekat sini, hari ini.

Juruteknik maut alat pemadam api meletup
Seorang juruteknik elektronik maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup.

95 peratus daripada mangsa kebakaran maut, semasa sedang tidur
Beliau berkata kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur.