SHAH ALAM: Seramai 97 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim menerusi kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seorang individu menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) dan seorang lagi dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Kelas Kedua) (D.K. II).
Haris berkata seramai tiga individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Seri' bagi wanita.
Beliau berkata dua individu pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia' bagi wanita.
Sebanyak sembilan individu menerima Darjah Kebesaran - Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi ahli lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.
"Sebanyak 13 individu lain menerima Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita," katanya.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran - Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 15 penerima manakala 13 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).
Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Sultan Selangor berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 15 penerima, Darjah Kebesaran Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) kepada 16 orang, Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor kepada dua orang dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) kepada tujuh individu.
Haris berkata kerajaan negeri menerima 2,762 pencalonan tahun ini dan daripada jumlah itu, 1,032 ialah pencalonan bagi Darjah dan Bintang Kebesaran manakala 1,730 pencalonan untuk Pingat-Pingat Negeri Selangor.
Kesemua 97 individu itu, katanya telah melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Kerajaan negeri menerima 2,762 pencalonan tahun ini. - Foto Istana Selangor

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP
DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu depan bagi membincangkan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran yang diterima anggota parti itu.

"Kurniaan ini rezeki saya dan anak" - Siti Nurhaliza
Gelaran Datuk Seri ini merupakan rezeki buat Siti Nurhaliza dan bayi dalam kandungan.

Dugaan anak istimewa, Ainaa Amanda di hari pertama persekolahan
Sesi persekolahan tahun ini yang bermula pada Ahad dan semalam menggambarkan keseronokan murid darjah satu di seluruh negara.

KDN siasat pertubuhan didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di Kedah
KDN akan jalankan siasatan lanjut terhadap persatuan berkenaan kerana menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan matlamat penubuhan.

#TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru
Guru diibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain. Itu ungkapan paling sesuai yang digunakan untuk menggambarkan pengorbanan guru sejak dahulu sehingga sekarang.