Sebanyak 4,635 aduan pengguna direkodkan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menurut Timbalan Pengerusinya, Mohamad Yusrizal Yusoff, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 161 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jelasnya, aduan tertinggi melibatkan masalah rangkaian dan gangguan perkhidmatan telekomunikasi.
“Sebanyak 97 peratus daripada aduan berjaya kita (CFM) selesaikan. Aduan tertinggi membabitkan rangkaian gangguan perkhidmatan, bil dan caj, pemberian perkhidmatan, liputan 4G dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Agung Tahunan CFM ke-18 di sini pada Rabu.
Sementara itu, Mohamad Yusrizal berkata, aduan yang gagal diselesaikan dalam tempoh 15 hari seperti yang ditetapkan dalam Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC) akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.
Terdahulu, dalam mesyuarat berkenaan, Naib Presiden Pengurusan Pengguna UNIFI dari Telekom Malaysia Berhad, Datin Mohana Mohariff dilantik sebagai Pengerusi CFM yang baharu mengantikan Mohamad Yusrizal Yusoff yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi bagi sesi 2019-2021.
Turut dilantik Setiausaha CFM Azlinda Zainal Abidin dari Astro dan jawatan Bendahari CFM pula disandang oleh Abdul Rahman Samad dari Persatuan Pembimbing Kewangan Pengguna dan Keluarga Malaysia (KPM).
Fareez Azman
Wed Jul 31 2019

Barisan ahli jawatankuasa baharu Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi penggal 2019-2021.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

ECRL Malaysia yang pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Rangkaian komunikasi itu akan membantu meningkatkan tahap keselamatan serta membolehkan komunikasi dan isyarat lebih pantas.

Lawrence Wong dipilih ketuai pasukan 4G, buka laluan sebagai bakal PM Singapura
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan para menteri republik itu memilih Menteri Kewangan semasa Lawrence Wong sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) yang baharu.

SKMM jangka tutup rangkaian 3G sepenuhnya bulan depan
Perkhidmatan liputan 4G di negara ini akan ditambah baik dalam memastikan mutu perkhidmatan rangkaian itu mampu memuaskan hati pelanggan.

Lima menara baharu dibina di Sabah, wujudkan rangkaian liputan lebih pantas
226 stesen pemancar sedia ada dinaik taraf kepada teknologi 4G dan 399 stesen pemancar sedang dinaik taraf secara berperingkat di Sabah.

Celcom, ZTE optimumkan 100 tapak rangkaian di Sabah & Sarawak sebagai persediaan 4G
Penggunaan L900 dikenalpasti dapat menyelesaikan penambahbaikan 4G dengan segera.

Rangkaian 4G untuk semua kawasan Felda dalam masa terdekat - Annuar
Kesemua 317 kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara akan diberikan keutamaan dalam mewujudkan kesalinghubungan rangkaian 4G dalam masa terdekat.

Maxis lancar kempen dan promosi pacu naik taraf 4G
Maxis Bhd telah melancarkan kempen "Balas Budi dengan 4G" yang bertujuan untuk menyokong dan membantu pelanggan dalam membuat peralihan kepada rangkaian 4G.

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC
Perkembangan memberangsangkan ini susulan inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Yoodo tawar pelan data internet 80GB sebulan serendah RM5
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 telah menunjukkan penggunaan internet harian meningkat dengan ketara.