KUALA LUMPUR: Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah berjaya memperbaiki rekod kebangsaan bagi acara 'jump' wanita di Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia hari ini.
Peluncur berusia 18 tahun itu mencatatkan lompatan sejauh 39.5 meter (m) untuk mengungguli pusingan pertama kategori junior untuk mara ke pusingan kedua, esok.
"Lompatan yang hebat daripada Aaliyah Yoong, mencipta rekod baharu buat Malaysia dan PB baru (rekod peribadi terbaik) dengan 39.5m mengatasi catatan terbaik peribadinya sebelumnya iaitu 38.9m yang dicapai tiga tahun lalu di La Trobe," menurut jurulatihnya Hanifah Yoong Yin Fah menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Peluncur dari Amerika Syarikat Elizabeth Hall merekodkan lompatan (31.1m) dan Kristy Appleton (30.1m) mewakili Queensland, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga pada pusingan hari ini.
Aaliyah Yoong turut meraih tempat pertama bagi acara 'tricks' dengan mencatatkan 5,030 mata manakala bagi acara slalom wanita, beliau berada di tempat keempat.
"Sungai Yarra sangat sukar! Ramai menjadi mangsa ekoran angin kencang pagi tadi dan menghadapi halangan sukar serta tersasar daripada rekod terbaik mereka termasuklah saya. Namun saya gembira dapat menduduki tempat keempat kerana hanya merupakan pilihan kelapan. Dalam pusingan kedua esok, diharap dapat bermula pada kedudukan yang lebih baik," kata Aaliyah Yoong yang membuat penampilan kali ke-10 pada kejohanan itu.
Pada Kejohanan Moomba Masters 2020, Aaliyah Yoong berjaya merangkul satu pingat emas bagi kategori bawah-17 tahun acara 'tricks' serta dua pingat perak bagi acara 'jump' dan wanita keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Aaliyah catat lompatan sejauh 39.5 meter (m) untuk mengungguli pusingan pertama kategori junior untuk mara ke pusingan kedua. - Foto: K.C. Boey / Facebook Hanifah Yoong Yin Fah
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini
Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.
Aaliyah sedia buru kedudukan podium pada Kejohanan B-21 Dunia
Aaliyah berharap dapat mempamerkan potensi diri yang sebenar dan berharap dapat meraih podium di Mexico nanti.
Aaliyah sasar tampil lebih hebat di dua kejohanan utama
Atlet berusia 19 tahun itu berkata prestasinya kali ini menjadi petanda ke arah pencapaian yang lebih baik akan datang.
Aaliyah raih gangsa di Kejohanan Dunia Birmingham
Rangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS).
Aaliyah Yoong perbaiki rekod kebangsaan
Catat lompatan sejauh 39.5 meter (m) untuk mengungguli pusingan pertama kategori junior untuk mara ke pusingan kedua.
Aaliyah Yoong bersedia beraksi di Moomba Masters
Acara itu merupakan satu kejohanan di mana hanya atlet terbaik dunia sahaja akan menyertainya.
Aaliyah layak ke final, atasi rekod Asia
Itu adalah kali ketiga ratu luncur air negara melakukan pungutan melebihi 7,000 mata.
Aaliyah Yoong mara ke final Kejohanan Remaja Dunia
Atlet ski air muda Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah berjaya menempa nama di pentas dunia selepas mara ke final acara 'trick'.
Aaliyah Yoong ketuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Pra Sukan SEA
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura, Aaliyah Yoong Hanifah akan mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Ski Air dan Papan Luncur Pra Sukan SEA.