KUALA LUMPUR: Kegagalan terus menghantui beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Jepun yang berlangsung di Gimnasium Nasional Yoyogi, Tokyo, hari ini.
Gandingan juara dunia itu yang tersungkur di pusingan kedua Terbuka Korea minggu lepas, ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan tuan rumah Takuro Hoki-Yugo Kobayashi apabila tumpas 21-10, 15-21, 16-21 dalam pertarungan selama 65 minit.
Kejayaan mara ke separuh akhir di hadapan penyokong sendiri menyaksikan Hoki-Kobayashi melebarkan rekod kemenangan ke atas gandingan Malaysia itu apabila merakam kemenangan kelima berturut-turut sejak pertemuan pada Oktober 2021.
Aaron-Wooi Yik dan Hoki-Kobayashi, masing-masing beregu nombor empat dan lima dunia ketika ini.
Kekalahan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menamatkan cabaran Malaysia di Jepun selepas mereka muncul wakil tunggal beraksi di pentas suku akhir.
Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik sering tewas di pusingan kedua dan suku akhir musim ini dan hanya berjaya mara ke final masing-masing pada Terbuka India, Januari lepas dan Terbuka Indonesia (Jun), namun sekadar muncul naib juara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Kekalahan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menamatkan cabaran Malaysia di Jepun selepas mereka muncul wakil tunggal beraksi di pentas suku akhir. - Gambar fail
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terbuka Jepun: Akhiri kemarau 22 tahun, Sze Fei-Izzuddin muncul juara
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan perjalanan indah sebagai juara badminton Terbuka Jepun.

Terbuka Jepun: Lima wakil Malaysia mara ke pusingan kedua
Lima wakil Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melangkah ke pusingan kedua Terbuka Jepun 2024.
![[TERKINI] Aaron-Wooi Yik cedera, sah tarik diri Terbuka Jepun, Terbuka Korea Selatan [TERKINI] Aaron-Wooi Yik cedera, sah tarik diri Terbuka Jepun, Terbuka Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722292340_AaronWooiYik.jpg)
[TERKINI] Aaron-Wooi Yik cedera, sah tarik diri Terbuka Jepun, Terbuka Korea Selatan
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan.

Badminton Masters Jepun: Pasangan junior negara tewaskan pasangan senior
Gandingan beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara.

Aaron-Wooi Yik tersingkir di suku akhir Terbuka Jepun
Kegagalan terus menghantui beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Jepun.

Terbuka Jepun: Tewas kepada Nishimoto, Zii Jia kian dibelenggu badi pusingan pertama
Zii Jia tewas kepada Kenta Nishimoto dalam aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Gimnasium Yoyogi, Tokyo.

Badminton Terbuka Jepun: Empat beregu Malaysia bermula cemerlang
Empat beregu Malaysia bermula cemerlang di pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2023 di Tokyo, hari ini.

Keadaan Pearly Tan semakin baik, tunggu keputusan MRI
Pearly mengalami kecederaan itu ketika dia dan Thinaah menghadapi wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Le Yu Lim, Khamis lalu.

Terbuka Jepun: Pearly Tan tarik diri akibat kecederaan lutut
Kecederaan lutut kiri yang dialami pemain beregu wanita negara, memaksa Pearly Tan mengakhiri perjuangannya bersama M Thinaah setakat pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 hari ini.

Terbuka Jepun: Chong Wei kecundang di tangan Axelsen
Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk menjulang gelaran Siri Super Terbuka Jepun buat kali ketujuh musnah sebaik tunduk 14-21, 21-19, 14-21 di tangan juara dunia, Viktor Axelsen.