KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Jepun 2023, hari ini.
Beregu juara dunia itu hanya memerlukan masa 24 minit untuk menyingkirkan beregu nombor 14 dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-12, 21-10 pada aksi pusingan kedua di Gimnasium Nasional Yoyogi, Tokyo.
Di saingan suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik, beregu nombor empat dunia, akan menentang pilihan kelima kejohanan dan pilihan rumah, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, untuk memburu tempat ke separuh akhir.
Beregu tuan rumah itu mengesahkan slot suku akhir selepas mengatasi beregu China, Ren Xiang Yu-Tang Qiang 21-11, 23-21 dalam saingan selama 40 minit.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, yang mengejutkan juara dunia 2021, Loh Kean Yew dari Singapura semalam, gagal mengekalkan momentum kemenangan apabila tewas di pusingan kedua di tangan wakil Jepun, Koki Watanabe 17-21, 14-21 dalam masa 46 minit.
Pemain Jepun berusia 24 tahun itu, yang menyingkirkan juara dunia dua kali dan rakan senegara, Kento Momota, semalam, akan berdepan dengan pemain India, Lakshya Sen pada saingan suku akhir.
Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, gagal menebus kekecewaan tersingkir pada pusingan kedua di Terbuka Korea Selatan, minggu lalu, apabila tumpas sekali lagi di tangan beregu nombor tiga dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 15-21, 13-21 dalam tempoh 43 minit.
Nasib sama dialami beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 11-21,13-21 dalam masa 34 minit.
KEPUTUSAN LAIN - PUSINGAN KEDUA
(NOTA: tanda [ ] pemain pilihan)
BEREGU LELAKI:
Lee Yang-Wang Chi Lin (TPE) mn [6] Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (MAS) 15-21, 21-18, 21-16
[8] Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (CHN) mn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (MAS) 21-14, 21-17
BEREGU CAMPURAN:
Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran (THA) mn Chan Peng Soon-Cheah Yee See (MAS) 21-18, 19-21, 21-18
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Beregu juara dunia itu hanya memerlukan masa 24 minit untuk menyingkirkan beregu nombor 14 dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-12, 21-10 - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India apabila menewaskan wakil Thailand, Kittinipung Kedren-Dechapol Puavaranukroh.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.

Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.

Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Jelajah dunia akhir BWF: Aaron-Wooi Yik raih kemenangan pertama
Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-18, 21-15 dalam tempoh 63 minit.

Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.

Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.