KUALA LUMPUR: Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, di sini Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pasangan suami isteri yang berusia 30-an itu direman hingga 13 Dis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
"Bapa kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai rider p-hailing, manakala ibunya seorang suri rumah. Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak berumur tiga dan tujuh tahun yang berada dalam keadaan sihat, dan kedua-duanya telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk jagaan sementara," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail.
Sabtu lepas seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah, dipercayai akibat didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak.
Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu menghadapi beberapa masalah kesihatan berikutan dilahirkan pramatang, dan meninggal dunia disebabkan kekurangan nutrisi (malnourished).
Sementara itu mengulas mengenai perlawanan final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam ini, Allaudeen menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk tidak membuat kecoh sebelum, semasa dan selepas perlawanan.
Beliau berkata tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mana-mana penyokong yang mencetuskan kekecohan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
![Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010585_tbAllaudeenAbdulMa.jpg)
Allaudeen berkata pasangan suami isteri berusia 30-an itu direman hingga 13 Dis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian
Mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin selain mengarahkan melantik peguam dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
![Ibu mengaku salah abai dua anak lelaki Ibu mengaku salah abai dua anak lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Ibu mengaku salah abai dua anak lelaki
Seorang ibu mengaku bersalah datas pertuduhan mengabaikan dua anak lelakinya dengan meninggalkan mereka tanpa pengawasan di rumah.
![Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017521_TBMahkamah.jpg)
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
![Suami isteri abai anak tidur di kaki lima rumah ditahan Suami isteri abai anak tidur di kaki lima rumah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719227691_handcuff.jpg)
Suami isteri abai anak tidur di kaki lima rumah ditahan
Pasangan yang berusia 54 dan 56 tahun itu ditahan jam 10.30 malam kerana didapati mengabaikan remaja terbabit sejak 7 Julai lalu.
![Ibu bapa didakwa abai, aniaya anak enam tahun hingga maut Ibu bapa didakwa abai, aniaya anak enam tahun hingga maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Ibu bapa didakwa abai, aniaya anak enam tahun hingga maut
Suri rumah, Fatin Afrina Abdullah, 26, dan pemandu e-hailing, Muhamad Fuad Jamaluddin, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Azrol Abdullah.
![Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010585_tbAllaudeenAbdulMa.jpg)
Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri
Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.
![Bapa, kekasih mengaku bersalah abaikan anak tujuh tahun Bapa, kekasih mengaku bersalah abaikan anak tujuh tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697951977_dera.jpg)
Bapa, kekasih mengaku bersalah abaikan anak tujuh tahun
Seorang bapa dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki sehingga kesihatannya merosot, dari Julai sehingga Oktober tahun ini.
![Suami isteri disiasat abai dua anak bermain di tepi balkoni Suami isteri disiasat abai dua anak bermain di tepi balkoni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625384523_PolisLogo.jpg)
Suami isteri disiasat abai dua anak bermain di tepi balkoni
Polis sedang menyiasat sepasang suami isteri kerana disyaki membiarkan dua anak mereka bermain di tepi balkoni tingkap di tingkat 17 sebuah kondominium di Taman Setapak semalam.
![Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660193315_AbaianakMahkamah.jpg)
Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.
![Ibu didakwa abai anak lelaki sehingga maut jatuh kondominium Ibu didakwa abai anak lelaki sehingga maut jatuh kondominium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639553431_TBBUNUH.jpg)
Ibu didakwa abai anak lelaki sehingga maut jatuh kondominium
Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya berusia lima tahun tujuh bulan yang maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium.