KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi penghormatan kepada Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Amar Jaul Samion yang bersara daripada perkhidmatan awam negeri selepas 42 tahun berkhidmat.
Beliau berkata apabila Ketua Menteri Sarawak keempat Tun Abdul Taib Mahmud mengamanahkannya untuk mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di negeri itu pada 1987, Jaul adalah antara kakitangan Unit Perancang Negeri (SPU) yang terlibat membantu.
"Kerja ini bukan senang kerana dia (Jaul) baharu, masih mentah dan selepas itu kita terpaksa cuba hendak 'menjual' Sarawak supaya pelabur dapat datang untuk memulakan industri mereka," katanya ketika berucap pada majlis makan malam perpisahan Jaul di sini malam tadi.
Katanya, Jaul telah menunjukkan komitmen yang menyumbang kepada kejayaan memikat pelaburan asing termasuk dari Toko Electronics dan Taiyo Yuden dari Jepun, serta syarikat Amerika Syarikat terkenal dengan pengeluaran papan induk.
"Kami berjaya memulakan kemajuan perindustrian, bermula dengan Sejingkat, Samajaya, Kemena dan Tanjung Manis (kawasan perindustrian). Juga Kidurong (zon perindustrian di Bintulu), kami bermula bersama Petronas untuk loji LNG. Kami berjaya meyakinkan Petronas dan Shell untuk menubuhkan SMDS (Shell Middle Distillates Synthesis) loji pertama seumpamanya di dunia di Bintulu," katanya.
Abang Johari berkata selepas beliau menjadi Premier Sarawak pada 2017, negeri itu telah dilanda pandemik COVID-19 tiga tahun kemudian yang menuntut perhatian dan untuk pulih daripada keadaan berkenaan, beliau terpaksa menghubungi Jaul pada tengah malam.
"Saya menghubungi Jaul (kadang kala pada tengah malam) untuk mendapatkan laporan (terkini mengenai COVID-19) dan keduanya, kami perlu merangka Strategi Pembangunan Pasca COVID-19. Saya meminta Jaul supaya memanfaat kepakaran daripada daripada perkhidmatan awam dan sektor swasta untuk kita merangka strategi bagi memulihkan kembali ekonomi kita," katanya.
Menurut beliau, Jaul telah melakukan yang terbaik dalam membantu kerajaan menyesuaikan ekonomi ke arah mempromosikan agenda digital Sarawak walaupun ini adalah hala tuju baharu dalam pembangunan negeri.
"Anda telah berkhidmat selama 42 tahun dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas apa yang telah anda lakukan (untuk Sarawak)," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Jaul (kiri) dan Abang Johari (dua kiri) sejurus selepas pelancaran Pelan Tindakan dan Pelaksanaan bagi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, 7 Feb 2022. - Gambar fail/BERNAMA

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.

Sarawak, Petronas meterai perjanjian penyelesaian komersial Isnin depan
Kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan menandatangani Perjanjian Penyelesaian Komersial pada 7 Disember ini.

Hari Malaysia beri makna besar buat masyarakat berbilang kaum di Sarawak
Sarawak dilihat sebagai model dengan tahap toleransi, penerimaan dan saling menghormati yang tinggi dalam kalangan masyarakat berlainan agama.