PITAS: Dua beradik lelaki cedera akibat diserang buaya dalam kejadian di tebing Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 53 tahun parah di seluruh anggota badan manakala adiknya berusia 51 tahun cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, laporan berhubung kejadian itu dilakukan oleh pengadu yang juga isteri kepada salah seorang mangsa.
Katanya, pengadu menyatakan pada hari yang sama, suami dan abang iparnya telah diserang buaya sehingga menyebabkan kecederaan.
"Siasatan mendapati suami dan abang iparnya turun ke sungai yang berhampiran kediaman mereka untuk memasang pam air di sungai berkenaan.
"Ketika mereka turun membetulkan paip di dalam sungai, tanpa disedari seekor buaya sepanjang kira-kira 2.4 meter datang menyerang dengan mengigit bahagian kaki salah seorang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Susulan kejadian itu, mangsa bertindak menyelamatkan abangnya, namun turut digigit haiwan berkenaan.
"Pengadu yang mengetahui kejadian itu bergegas ke tebing sungai sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Zairolnizal berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, badan dan tangan.
"Mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Pitas namun dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).
"Adiknya pula cedera ringan di bahagian tangan kanan serta kaki sebelah kiri dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 07 2023
![Abang parah, adik cedera diserang buaya Abang parah, adik cedera diserang buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675777727_buaya.jpg)
Mangsa mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, badan dan tangan akibat serangan buaya itu. - Gambar hiasan
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak 2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686309205_TBMINUMSPIRIT.jpg)
2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.
![Abang parah, adik cedera diserang buaya Abang parah, adik cedera diserang buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675777727_buaya.jpg)
Abang parah, adik cedera diserang buaya
Dua beradik lelaki cedera akibat diserang buaya dalam kejadian di tebing Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, di sini, pada Isnin.
![Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641145179_MANGSABANJIRSABAH.jpg)
Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.
![Projek inovasi bekalan air bersih untuk manfaat penduduk kampung di Pitas - MOSTI Projek inovasi bekalan air bersih untuk manfaat penduduk kampung di Pitas - MOSTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637584353_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Projek inovasi bekalan air bersih untuk manfaat penduduk kampung di Pitas - MOSTI
Usaha itu bertujuan memperkasa penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara lestari.
![Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610792027_BanjirdaerahKudat.jpg)
Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi
Daerah Pitas yang paling terjejas akibat banjir di Sabah malah terputus hubungan beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.
![Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600419389_perigipitas.jpg)
Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti
Lebih 200 penduduk kampung mengharapkan bekalan air dari sebuah perigi, yang belum tentu tahap kebersihannya.
![PITAS sedia bantu JAIS sekat ideologi IS ke sekolah tahfiz PITAS sedia bantu JAIS sekat ideologi IS ke sekolah tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/81424860762_295x200.jpg)
PITAS sedia bantu JAIS sekat ideologi IS ke sekolah tahfiz
PITAS sedia membantu pihak berkuasa agama dalam menyekat fahaman yang dikaitkan dengan militan termasuk kumpulan IS, daripada meracuni pemikiran pelajar tahfiz di negara ini.