KAJANG: Abang tiri kepada mangsa kanak-kanak berusia empat tahun yang mati lemas ketika mandi di kolam renang sebuah pangsapuri di Bangi pada 13 September lalu direman enam hari mulai hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan reman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
Menurutnya, suspek ditahan selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru sahaja dapat diakses susulan masalah teknikal.
Beliau memberitahu, pada awalnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).
"Namun selepas polis meneliti CCTV, kita mendapati ketika kejadian, suspek yang juga abang tiri mangsa dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat saja mangsa yang sedang lemas di kolam renang tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkannya," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, polis menerima daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 13 September lalu.
"Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa maut selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartmen itu sebelum dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke Hospital Serdang bagi rawatan selanjutnya.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 1.11 tengah hari pada keesokan harinya.
"Kes disiasat dan diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," kata Mohd Zaid lagi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 dengan segera bagi membantu siasatan.
Umavathi Ramayah
Mon Sep 25 2023
![Abang tiri 'leka' lihat adik lemas di kolam renang direman Abang tiri 'leka' lihat adik lemas di kolam renang direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695627122_lemas.jpg)
Abang tiri kepada mangsa kanak-kanak berusia empat tahun yang mati lemas ketika mandi di kolam renang sebuah pangsapuri di Bangi pada 13 September lalu direman enam hari mulai hari ini. -Gambar PDRM
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Abang tiri 'leka' lihat adik lemas di kolam renang direman Abang tiri 'leka' lihat adik lemas di kolam renang direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695627122_lemas.jpg)
Abang tiri 'leka' lihat adik lemas di kolam renang direman
Suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan reman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.