PHNOM PENH: Perenang para negara Abd Halim Mohammad, tersenyum puas apabila berjaya menambah koleksi pingat emas ketiga peribadinya menerusi acara 50 meter (m) kuak dada lelaki (SB8- kecacatan fizikal), pada hari ketiga pertandingan Sukan Para ASEAN (APG) 2023, hari ini.
Abd Halim berpendapat dilahirkan dalam keluarga nelayan yang sinonim dengan air sejak kecil, memberi kelebihan untuk beliau mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas, sekali gus memadamkan rekod lamanya sendiri iaitu 34.88s, yang dicatatnya tahun lepas.
Beliau berkata nasihat daripada arwah bapa Mohammad Bondan yang meninggal dunia pada 2013, menjadi penguat semangat buat beliau untuk terus memungut pingat menerusi acara kolam renang.
"Saya tidak sangka dapat bawa pulang tiga emas terutamanya menerusi acara hari ini, memang terkejut namun bersyukur. Setiap kali saya pergi sertai kejohanan pasti teringat kata-kata semangat dari arwah ayah dan saya masih berpegang teguh pada nasihat itu.
"Arwah ayah selalu kata saya ada bakat dalam sukan jadi perlu berusaha sungguh-sungguh kalau mahu hasil. Lagipun kami hanya datang dari keluarga nelayan namun saya tetap bangga sebab perkara itu beri kelebihan pada saya," katanya kepada Bernama.
Anak buah Eva Wong menceritakan, beliau hanya terlibat sepenuh masa dalam bidang sukan air bermula pada 2017, selepas meninggalkan dunia olahraga yang diceburi selama tujuh tahun sebelum itu.
Beliau berkata perubahan sukan dibuat, selepas terdapat halangan daripada kategori yang mahu disertainya, sehingga memaksa beliau mencari alternatif lain dengan menyertai uji bakat Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, yang menagih atlet renang ketika itu.
Abd Halim, 25, sama sekali tidak menyesal bertukar kepada sukan air, yang seolah-olah membawa tuah kepada dirinya, setiap kali menyertai kejohanan pentas antarabangsa.
"Saya mula dengan sukan olahraga pada 2010 namun ketika 2017, terdapat masalah kategori namun saya tidak mahu meninggalkan dunia sukan.
"Pada pertengahan tahun sama, MSN Sabah ada mencari atlet renang dan saya mencuba. Tidak sangka rezeki saya di sana sehingga sekarang," kata anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.
Beliau yang tinggal bersama ibu Saring Ibhrahim di Tuaran, Sabah berterima kasih kepada keluarga kerana sentiasa berada di sisinya setiap kali susah dan senang.
Abd Halim bagaimanapun berkata hatinya berat setiap kali terpaksa meninggalkan ibunya seorang diri di kampung, untuk menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa namun tetap melakukannya demi Malaysia.
Abd Halim yang membuat penampilan kali kedua selepas edisi Solo, Indonesia telah meninggalkan pesaing dari Vietnam Quang Vuong yang mencatatkan masa 37.68s dan perenang Indonesia Guntur Guntur (37.87s) pada acara 50m kuak dada lelaki SB8.
Semalam, beliau merangkul dua pingat emas bagi acara 100m kuak dada SB8 (kecacatan fizikal) dan 100m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

Perenang para negara Abd Halim Mohammad mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas. - Bernama
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Abd Halim bangga jadi anak nelayan, beri kelebihan dalam acara kolam renang
Perenang para negara Abd Halim Mohammad mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas.