KAHERAH: Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEA) Mesir pada Isnin mengumumkan penyandang Presiden Abdel-Fattah al-Sisi memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi, lapor Xinhua.
Dalam sidang media di Kaherah, Pengerusi NEA, Hazem Badawy berkata hampir 44.8 juta rakyat di dalam dan di luar negara mengundi dalam pilihan raya kali ini daripada kira-kira 67 juta pengundi yang layak.
Peratusan keluar mengundi sebanyak 66.8 peratus, peratusan keluar mengundi tertinggi dalam sejarah Mesir.
Hazem Omar calon Parti Rakyat Republikan meraih 4.5 peratus undi diikuti oleh Farid Zahran dari Parti Sosial Demokrat dan Abdel Sanad Yamama dari Parti Al-Wafd Mesir.
Susulan pengumuman keputusan pilihan raya, Sisi menyampaikan ucapan kepada negara dan beliau berkata: "Memilih saya untuk misi memimpin negara ini adalah tanggungjawab yang saya akan galas dengan setia."
"Negara ini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran di semua peringkat dengan konflik di Gaza adalah antara cabaran utama yang mengancam "keselamatan Mesir".
"Kita memiliki keupayaan ketenteraan dan ekonomi untuk mengekalkan keselamatan negara dan kepentingan rakyat," kata presiden Mesir itu.
Pengundian di Mesir berlangsung dari 10 hingga 12 Dis manakala rakyat Mesir di luar negara mengundi dari 1 hingga 3 Dis di 121 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Abdel-Fattah al-Sisi memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi. -Gambar fail/Reuters
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Presiden Mesir bertemu Pengarah CIA, PM Qatar bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Selain gencatan senjata, pertemuan turut menyentuh usaha melidungi orang awam dan pertukaran tawanan.
PM ucap tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi kerana memenangi pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin.
Abdel-Fattah al-Sisi menang pilihan raya Presiden Mesir dengan majoriti besar
Abdel-Fattah al-Sisi memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi.
Presiden Mesir zahir ucapan takziah kepada mangsa banjir di Malaysia
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan mangsa banjir di Malaysia baru-baru ini.
Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah pada usia 91.
Mohamed Morsi dipenjara 20 tahun
Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi didakwa terlibat dalam penangkapan dan penyiksaan terhadap penunjuk perasaan semasa pemerintahannya.
Pihak berkuasa Mesir didakwa keluarkan sijil kematian palsu mangsa keganasan
Pihak berkuasa Mesir didakwa mengeluarkan sijil kematian palsu bagi menutup punca sebenar kematian.