Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta.
Abdul Azeez, 52, yang memakai sut hitam dan kemeja putih membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Azeez didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM1.2 juta melalui akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, yang juga Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, sebagai upah kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek-projek daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus dan tender terhad yang keseluruhannya bernilai RM197,805,750.18.
Projek berkenaan membabitkan tiga iaitu Projek Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak (fasa pertama hingga ketiga), dan Projek Membina Jalan Kampung Merbau Kudung/Felda Teloi Timur, Sik, Kedah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Cawangan Menara UAB, No. 6, Jalan Tun Perak, City Centre, di sini pada 8 Dis 2010.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Abdul Azeez didakwa telah secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM4 juta daripada individu sama sebagai upah kerana membantu Syarikat Menuju Asas mendapatkan Projek Membina Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak) secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bernilai RM644,480,000.00.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, J-03-G, Blok J, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Sementara itu, abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim, 61, mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Abdul Azeez, yang telah secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM4 juta daripada Mohammad Redzuan sebagai upah bagi membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan Projek Membina Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak Darul Ridzuan) secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bernilai RM644,480,000.00, di mana kesalahan itu dilakukan hasil persubahatan tertuduh.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, J-03-G, Blok J, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor antara 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 28(1)(c) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala Abdul Azeez dan Abdul Latif diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Bagi kes pengubahan wang haram pula disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hakim Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Abdul Azeez dituduh telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing RM1,910,000, RM670,000, RM4,131,104.60, RM783,900 dan RM1,483,900 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.
Bagi pertuduhan keenam, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM8,183,900 daripada tiga syarikat iaitu Menuju Asas Sdn Bhd (RM183,900.00), Mangkubumi Sdn Bhd (RM6,000,000.00) dan Pintas Utama Sdn Bhd (RM2,000,000.00).
Pertuduhan ketujuh pula, dia dituduh melakukan kesalahan sama berjumlah RM33,363,885.25 daripada tiga syarikat sama iaitu Menuju Asas (RM6,263,885.25), Mangkubumi (RM17,200,000.00) dan Pintas Utama (RM9,900,000.00).
Bagi pertuduhan kelapan, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah RM63,639,975.00 daripada empat syarikat iaitu Menuju Asas (RM17,269,975.00), Mangkubumi (RM31,600,000.00), Pintas Utama (RM8,000,000.00) dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd (RM6,770,000.00).
Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah RM25,250,000.00 daripada empat syarikat iaitu Menuju Asas (RM4,630,000.00), Mangkubumi (RM16,000,000.00), Pintas Utama (RM2,500,000.00) dan AVP Engineering (RM2,120,000.00).
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018 dan dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 16 2019
Reaksi Abdul Azeez sebaik keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, 16 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.