Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan Abdul Aziz, 58, memulakan kerjaya sebagai pegawai penjara dengan jawatan Timbalan Penguasa Penjara pada 1990.
Dalam tempoh 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengarah Penjara Bentong, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).
"Semoga pengalaman, kemahiran dan kepimpinan beliau akan dapat meneruskan kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia selari visi dan misi jabatan dengan memenuhi pendekatan Malaysia MADANI serta bertepatan dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam," menurut kenyataan itu.
Abdul Aziz berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi Sumber daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Sarjana Sastera Universiti Malaya (UM).
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)