KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Pejabat Pas Pusat pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman ketika ditemui media hari ini.
"Alhamdulilah Tuan Guru telah selesai memberikan keterangan kepada pihak polis... seorang (berpangkat) Asisten Superintendan (ASP) daripada USJT Bukit Aman. Ia berlangsung dengan baik... Tuan Guru berikan kerjasama.
"(Abdul Hadi) berikan keterangan hampir satu jam dan telah selesai menjawab setiap persoalan dikehendaki oleh pihak polis," katanya.
Jelas Mohd Syahir, tidak timbul soal Presiden Pas itu mengelak untuk disoal siasat seperti didakwa oleh sesetengah pihak.
Sebaliknya Abdul Hadi, jelasnya terpaksa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan ia telah dimaklumkan kepada pihak polis sebelum ini.
"Komunikasi saya dan pihak Bukit Aman jelas dan kenyataan pihak polis pun jelas dan tidak bercanggah. Memang Tuan Guru (Abdul Hadi) ada menerima rawatan pada pagi Sabtu 2 September di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu menyebabkan kelewatan untuk tiba di Kuala Lumpur untuk rakam keterangan pada jadual asal.
"Atas sebab itu saya maklumkan kepada pihak polis, Tuan Guru ada rawatan di hospital, tiga hingga empat jam kemudian baru Tuan Guru bertolak ke Kuala Lumpur.
"Tuan Guru dalam keadaan yang sihat, tetapi pihak media mungkin mengatakan bahawa Tuan Guru tidak sihat. Jadi tidak timbul soal mengelak," katanya lagi.
Mengenai beberapa gambar menunjukkan Abdul Hadi bertemu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat Menteri Besar di ibu negara pula, jelas Mohd Syahir, pertemuan itu mengikut jadual asal.
"Jadi yang tersebar gambar jumpa dengan Tun Dr Mahathir dan mesyuarat bersama empat Menteri Besar tersebut mengikut jadual asal.
"Alhamdulilah, Tuan Guru sihat dan dalam makluman pihak polis jadual perjalanan Tuan Guru pada hari Sabtu lepas," katanya lagi.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Ia berhubung kenyataan Abdul Hadi yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar di Johor minggu lalu.
Fareez Azman
Mon Sep 04 2023
Abdul Hadi dikatakan terpaksa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. - Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
MPN Selangor mendesak PN negeri menyatakan pendirian berhubung rasa dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor terhadap Presiden Pas.
Keadaan Abdul Hadi stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat - Anak
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.
'Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
Penyebaran berita Hadi Awang dilarang masuk Arab Saudi adalah palsu - Pas
Dakwaan sedemikian bukti terdapat pihak ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam PRN, tegas Pas.
Hadi Awang ucap terima kasih, kirim salam kepada semua
Keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan semakin pulih.
Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.
Bersara dari perjuangan kerana faktor usia teori sekular - Abdul Hadi
Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi
Tindakan menyekat peruntukan yang diwajibkan kepada negeri dan ahli Parlimen serta menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan yang dikira tidak menyokong kerajaan disifatkan sebagai zalim.