KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bersara wajib pada 28 Sept lepas, demikian diumumkan MSN dalam kenyataan.
Abdul Rashid, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia mula berkhidmat di MSN sebagai Ketua Unit Kewangan pada 1988 hingga 2002.
Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Cawangan Kewangan pada 2003 hingga 2006, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (2007-2017), Pengarah Bahagian Korporat (2018-2019) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) bermula 2020.
Abdul Rashid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang melantik dirinya untuk menerajui badan induk berkenaan serta berikrar akan menggalas tanggungjawab menggunakan pengalamannya selama 35 tahun di MSN.
"Saya mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan serta Ahli Lembaga Pengurus MSN kerana melantik saya selaku Ketua Pengarah MSN.
"Insya-Allah kita buat perbincangan bersama dan laksanakan perubahan mana perlu manakala yang baik akan kita teruskan supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi sukan di negara," katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
![Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698825844_AbdulRashid.jpg)
Pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bersara wajib pada 28 Sept lepas, demikian diumumkan MSN dalam kenyataan. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726028598_SukanParalimpik.jpg)
MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.
![Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024 Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726006180_PemenangpingatSuka.jpg)
Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-42 secara keseluruhan apabila meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa.
![LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724666079_TBRASHID.jpg)
LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka memerlukan perbelanjaan lebih RM15 juta.
![Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712367276_AbdulRashidYaakub.jpg)
Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN
Katanya, MSN akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.
![Tiada kompromi gagal ujian doping - MSN Tiada kompromi gagal ujian doping - MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703999473_TBAbdulRashidYaaku.jpg)
Tiada kompromi gagal ujian doping - MSN
Abdul Rashid berkata pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet yang tampak masih tiada penghujungnya.
![Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698825844_AbdulRashid.jpg)
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.