Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, mengucapkan tahniah kepada Datuk Abdul Farid Alias di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Maybank.
Abdul Wahid yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut berkata CEO baharu itu merupakan salah seorang daripada pegawai tinggi utama Maybank yang membantu mengubah bank itu menjadi syarikat paling bernilai Malaysia yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kumpulan perbankan utama serantau.
"Saya tahu beliau mampu menggalas tanggungjawab untuk membawa Maybank ke tahap yang lebih tinggi. Saya mendoakan yang terbaik bagi Datuk Farid dan kumpulannya.
"Oleh kerana Maybank ialah peneraju perbankan negara, saya pasti rakyat Malaysia akan terus menyokongnya untuk menjadi malahan lebih berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas hari ini.
Abdul Farid menggantikan Abdul Wahid, yang meletakkan jawatan pada 4 Jun lalu untuk memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi.
Sebelum pelantikan itu, Abdul Farid merupakan timbalan presiden dan ketua perbankan borong global.
Abdul Farid juga merupakan bekas Pengarah Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan calon cabang pelaburan kerajaan itu di Lembaga UEM Group Bhd pada 2008.
Sementara itu, Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Razif Mohd Yunus berkata pelantikan Abdul Farid itu akan menyediakan kesinambungan kepada apa yang telah dilakukan oleh Abdul Wahid.
"Beliau memiliki latar belakang baik dalam perbankan. Beliau telah bersama dengan bank itu lebih daripada enam tahun dan mengetuai perbankan borong global, yang memainkan peranan penting dalam pengembangan Maybank di luar negara.
"Beliau juga mempunyai pengalaman memulihkan bank di Indonesia dan ini akan menjadikan pelantikan itu suatu yang baik bagi Maybank," katanya.
Maybank ialah bank terbesar negara dan disenaraikan dalam kalangan 100 bank utama di dunia.
Bernama
Sat Aug 03 2013
![Abdul Wahid ucap tahniah kepada CEO baharu Maybank, Abdul Farid Abdul Wahid ucap tahniah kepada CEO baharu Maybank, Abdul Farid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368863861_295x200.jpg)
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Abdul Wahid ucap tahniah kepada CEO baharu Maybank, Abdul Farid Abdul Wahid ucap tahniah kepada CEO baharu Maybank, Abdul Farid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368863861_295x200.jpg)
Abdul Wahid ucap tahniah kepada CEO baharu Maybank, Abdul Farid
Datuk Seri Abdul Wahid Omar, mengucapkan tahniah kepada Datuk Abdul Farid Alias di atas pelantikan beliau sebagai CEO Maybank baharu.