KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif HASiL yang baharu berkuat kuasa 17 Disember 2023. Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Nizom Sairi yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023.
Mohd Nizom telah berkhidmat selama 38 tahun di HASiL dan telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi ini selama bergelar Hasilian. Antara sumbangan signifikan beliau adalah memperkenalkan konsep AES (awareness, education and services) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan di HASiL. Ia bertujuan untuk membina kembali kepercayaan masyakarat terhadap sistem percukaian langsung negara.
Selain itu, di bawah kepimpinan Mohd Nizom, HASiL telah merekodkan pencapaian kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah negara pada tahun 2022, iaitu pada angka RM175.4 bilion. HASiL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di HASiL.
HASiL turut mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan Abu Tariq sebagai KPE HASiL yang baharu. Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LLB. Hons) daripada Universiti Malaya, mula berkhidmat di HASiL pada 15 Mac 1995 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai.
Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Abu Tariq juga pernah memegang beberapa jawatan penting di HASiL merangkumi jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan Pengarah Jabatan Undang-Undang.
Dengan pengalaman luas Abu Tariq ini sudah pastinya akan membolehkan HASiL mencapai visi untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul selari dengan aspirasi membina Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat.
--BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
![Abu Tariq Jamaluddin dilantik Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Abu Tariq Jamaluddin dilantik Ketua Pegawai Eksekutif HASiL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702871947_TBAbuTariqjpg.jpg)
Abu Tariq mula berkhidmat di HASiL pada 15 Mac 1995 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai. - Foto Labuan FSA
Malaysia, Turkiye desak dunia iktiraf Palestin anggota PBB
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, termasuk mengiktiraf sebagai negara berdaulat dan menjadi anggota PBB.
Hubungan Malaysia-Turkiye: Beri tumpuan kepada pembangunan PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Negeri Türkiye (DEİK) memberi tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
![Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
AWANI Borneo [11/2/2025] – Pasca Banjir | Projek RM8.66 Bilion | Konvensyen PBB
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739273973_Zaquanartis.jpg)
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
![Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739272475_SuamiIsteriSelama.jpg)
Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat
Mangsa kejadian tembak di Simpang Renggam semalam, nekad mengejar suspek yang menaiki Perodua Bezza demi mendapatkan nombor pendaftaran.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
![LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718776983_AbuTariq.jpg)
LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti beberapa individu dan syarikat yang menjalankan perdagangan mata wang kripto dalam usaha mengurangkan ketirisan hasil cukai dan menambah baik pen
![90 syarikat setuju sertai projek rintis e-invois - CEO LHDN 90 syarikat setuju sertai projek rintis e-invois - CEO LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697188183_LHDN.jpg)
90 syarikat setuju sertai projek rintis e-invois - CEO LHDN
LHDN akan melaksanakan projek rintis sistem invois elektronik (e-invois) melibatkan sebanyak 90 syarikat bermula Mei depan.
![LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
![Abu Tariq Jamaluddin dilantik Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Abu Tariq Jamaluddin dilantik Ketua Pegawai Eksekutif HASiL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702871947_TBAbuTariqjpg.jpg)
Abu Tariq Jamaluddin dilantik Ketua Pegawai Eksekutif HASiL
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelantikan Datuk Abu Tariq Jamaluddin, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif HASiL yang baharu.