IPOH: Kontinjen Perak berdepan risiko kehilangan dua pingat emas yang berpotensi dimenangi negeri itu apabila beberapa acara sukan olahraga dan terjun, digugurkan daripada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Khairul Shahril Mohamed berkata kontinjen Perak menyasarkan 50 pingat emas pada temasya berkenaan, berpotensi meraih emas dalam acara olahraga.
"Saya berasa terkejut dan kecewa apabila keputusan beberapa acara sukan dalam Sukma digugurkan, kerana ada atlet yang telah lama mengadakan latihan sebagai persiapan untuk ke Sukma dan ia sudah tentu merugikan industri sukan khususnya," katanya kepada pemberita di sini.
Baru-baru ini, media melaporkan beberapa acara sukan olahraga dan terjun terpaksa digugurkan daripada Sukma seperti 10,000 jalan kaki, lompat bergalah, baling tukul besi dan lontar peluru, kerana tidak mencukupi syarat minimum enam penyertaan negeri.
Untuk rekod, sukan terjun turut menerima tempias bagi edisi kali ini, atas sebab sama yang menyaksikan lima acara wanita 1 meter (m) papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama turut digugurkan.
Temasya yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 24 Sept depan mensyaratkan sekurang-kurangnya enam kontinjen negeri mengambil bahagian dalam setiap acara sukan bagi membolehkan ia dipertandingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Khairul Shahril Mohamed berkata kontinjen Perak menyasarkan 50 pingat emas pada temasya berkenaan, berpotensi meraih emas dalam acara olahraga. - Gambar fail/BERNAMA
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
TikTok beritahu pengguna A.S perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Trump tiba di Washington D.C. bagi majlis angkat sumpah
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Washington D.C. bersama keluarganya bagi majlis angkat sumpah jawatan.
Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu sebuah bangunan mahkamah di Seoul awal pagi ahad selepas Mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Agenda penting pelancongan ASEAN, antara tentatif hari ini
Antara yang bakal berlangsung ialah di Johor Bahru sempena ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN ke-28, Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan tambah tiga melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan ke-24.
Lebih RM40 juta baik pulih kuarters, bangunan polis kontinjen Perak
Sebanyak RM40.21 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan untuk Polis Kontinjen Perak bagi kerja-kerja baik pulih kuarters serta pembaikan bangunan dan fasiliti.
Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara
Kontijen Perak akan menyertai kesemua 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 pada September sehingga Oktober depan.