NILAI: Adakah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mampu mengulangi pencapaian dua emas dalam acara pecut dan keirin pada edisi 2008 apabila Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 bermula di Velodrom Nasional di Nilai esok?
Pelumba berusia 35 tahun, yang turut menggondol emas acara pecut dan keirin serta perak acara pecut berpasukan di Nara, Jepun, 15 tahun lalu, memburu sekurang-kurangnya satu gelaran kali ini dalam ACC, yang menawarkan mata kelayakan berharga untuk Sukan Olimpik Paris 2024.
Juara dunia keirin 2017 itu, yang merupakan pelumba negara paling berjaya dalam ACC dengan 10 pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa, berharap dapat memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri untuk mencapai misinya.
"Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Saya tidak akan mengatakan saya berada di puncak ketika ini tetapi berdasarkan prestasi pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong baru-baru ini, saya (menuju) ke arah yang betul. Sasaran saya sekurang-kurangnya satu emas, tetapi jika saya boleh memenangi kedua-duanya (pingat emas dalam pecut dan keirin) maka bagus.
"Saya sangat teruja kerana ACC kembali ke Malaysia (sejak 2018)... di hadapan penonton tuan rumah. Bukan selalu kita mendapat peluang ini.
"Semoga sokongan padu peminat akan meningkatkan semangat saya pada hari perlumbaan," katanya, pelumba, yang mendapat julukan 'The Pocket Rocketman', kepada Bernama, hari ini.
Beliau akan memulakan kempen, Khamis ini, dalam pusingan kelayakan dan awal acara pecut, diikuti separuh akhir dan akhir pada Jumaat dan acara keirin, Ahad ini.
Azizulhasni berharap rehat sehari pada Sabtu akan membantu dalam pemulihan dan meningkatkan tenaganya untuk mencabar emas keirin pada hari berikutnya.
Walaupun keirin adalah acara kegemarannya, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, telah memenangi enam daripada 10 pingat emas ACC dalam acara pecut, manakala tiga lagi daripada keirin dan satu dalam acara pecut berpasukan.
"Biasanya, acara diadakan berturut-turut dan kadangkala pada hari yang sama. Selepas bersaing dalam pecut, yang menghabiskan tenaga kita, kita tidak berada pada tahap 100 peratus pada hari berikutnya dan apa-apa boleh berlaku dalam acara keirin, seperti disekat (oleh penunggang lain atau terbabas).
"Berehat sehari, saya fikir, akan banyak membantu. Namun, kami sudah bersedia dan sudah biasa dengan jadual yang padat semasa kejohanan. Sekurang-kurangnya, kami bersedia menghadapinya - dari segi mental dan fizikal," katanya.
Mengenai cabaran kali ini, Azizulhasni menamakan pelumba dari Jepun dan China sebagai saingan terkuat terutamanya bintang yang semakin meningkat, Shinji Nakano dan Kaiya Ota, dari Jepun.
Selain Azizulhasni, Malaysia juga akan bersandarkan kepada pelumba seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Mohd Zonis untuk kilauan emas di ACC.
Sementara itu, Nakano, 24, mengisytiharkan bahawa beliau akan memberikan segalanya untuk menyukarkan pelumba pilihan tuan rumah, Azizulhasni, dalam acara keirin.
"Ini adalah pertandingan penting untuk Sukan Olimpik Paris. Jadi, jelas sekali, saya mahu menang dan ini adalah salah satu pertandingan latihan kami. Azizuhasnil dan Shah Firdaus sangat kuat, mereka akan menjadi pencabar utama saya... jadi, saya akan melakukan yang terbaik untuk menewaskan mereka.
"Ya, ini adalah gelanggang mereka dan sudah biasa dengan velodrom ini tetapi saya harap kami akan dapat membiasakannya juga. Kami juga tidak mengalami sebarang 'jet lag' (kelesuan) datang dari Jepun, jadi saya rasa saya boleh menang," kata Nakano, yang tiba di sini,kelmarin.
Amaran Nakano tidak boleh dipandang remeh oleh pelumba negara, lebih-lebih lagi selepas pelumba Jepun itu membuktikan kehebatannya dengan memenangi kejuaraan keirin Piala Negara UCI di Kaherah, Mesir. Mac lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

"Semoga sokongan padu peminat akan meningkatkan semangat saya pada hari perlumbaan." - Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.