Penarikan balik produk Accuhaler Ventolin dan Seretide yang digunakan dalam rawatan pesakit asma dari pasaran tidak melibatkan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebaliknya, beliau berkata penarikan balik produk tersebut hanya melibatkan sebilangan kelompok pasaran di United Kingdom (UK).
"Semakan juga mendapati pada masa ini hanya produk Accuhaler Seretide sahaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL20001532ARZ manakala produk Accuhaler Ventolin tidak berdaftar dengan PBKD.
"Selain itu, produk Accuhaler Seretide di Malaysia dikilangkan di Amerika Syarikat manakala produk yang terlibat dengan tarik balik di pasaran UK adalah kelompok produk yang dikilangkan di UK sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian susulan artikel yang disiarkan laman portal berita bertajuk "Pesakit Asma, pastikan anda guna inhaler yang betul!" pada 23 Feb lepas mengenai penarikan balik produk Accuhaler Ventolin dan Seretide di pasaran UK.
Sehubungan itu, katanya produk Accuhaler Seretide di pasaran Malaysia adalah selamat, berkualiti serta berkesan dan pesakit tidak perlu khuatir menggunakan produk tersebut.
"Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil berat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk farmaseutikal sebelum produk tersebut diluluskan untuk pendaftaran. Pengawasan mutu produk farmaseutikal yang berdaftar di pasaran turut dilakukan bagi memastikan produk tersebut benar-benar selamat," katanya.
Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh menyemak status pendaftaran produk di laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.moh.gov.my atau menghubungi pihak NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.
Beliau berkata semua produk yang berdaftar di Malaysia turut dilabelkan dengan nombor pendaftaran dan dilengkapi label hologram.
Sekiranya ketulenan hologram diragui, orang awam juga boleh mengesahkan kesahihannya melalui aplikasi MediTag Checker yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play telefon pintar masing-masing, katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 04 2018

Kata Dr Noor Hisham, produk Accuhaler Seretide di pasaran Malaysia adalah selamat, berkualiti serta berkesan dan pesakit tidak perlu khuatir menggunakan produk tersebut. - www.asthma.org.uk
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Accuhaler Seretide di pasaran Malaysia selamat
Penarikan balik produk Accuhaler Ventolin dan Seretide yang digunakan dalam rawatan pesakit asma dari pasaran tidak melibatkan Malaysia.