ISKANDAR PUTERI: Kekecewaan dibelasah 0-5 oleh Kawasaki Frontale musim lalu tidak melunturkan azam Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumpul tiga mata sulung pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila menentang kelab Jepun itu pada aksi pertama Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, Selasa malam.
Pengendali JDT, Esteban Solari berkata kemampuan pasukannya akan diuji dan percaya anak buahnya dapat memperagakan aksi terbaik bagi menebus kekalahan itu terhadap pasukan pilihan dalam kumpulan itu.
"Kami menjangkakan permainan berbeza berbanding tahun lalu, Kawasaki Frontale dilihat jauh lebih kuat kali ini dengan kualiti mereka dan pemainnya pantas.
"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi jika kami berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama, kami boleh mengawal mereka dan menang," katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Solari berkata pemainnya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menentang juara Liga Jepun itu, sambil menambah Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri yang sebelum ini mengalami kecederaan, akan turut beraksi dalam ACL.
Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah juga akan memberi kelebihan kepada mereka, namun beliau mengakui JDT tidak boleh memandang mudah Kawasaki Frontale yang mempunyai kekuatan tersendiri.
Selain Kawasaki Frontale, skuad JDT turut diundi bersama Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan BG Pathum United kelab dari Thailand.
Sementara itu, ketua jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Iniki, berkata, pasukannya telah mencuba beberapa strategi semasa latihan dalam usaha menyukarkan gerakan JDT.
Beliau menyifatkan pemain JDT, Bergson da Silva dan Juan Muniz perlu diberi perhatian oleh bentang pertahanan pasukannya.
"Kami mempunyai lapan pemain muda baharu yang akan beraksi untuk musim ini...kami perlu cuba memperbaiki skuad kami untuk mencabar lawan.
"Tetapi daripada pengalaman kami bersama JDT, kami mesti menjaringkan gol terlebih dahulu untuk memastikan dalam perlawanan kedua kami dsapat mengawal seluruh pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Esteban Solari (kanan), Jordi Amat (dua, kanan) bersama Ketua Jurulatih Kawasaki Frontale Toru Oniki (kiri), Kapten Kawasaki Frontale Kento Tachibanada ketika sidang media menjelang perlawanan ACL JDT menentang Kawasaki Frontale. - Foto BERNAMA

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

Seteru utama Selangor dalam ACL2, Jeonbuk mahu tandatangani Arif Aiman
Gergasi terkemuka Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, dilaporkan memantau perkembangan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super musim lalu, Arif Aiman Hanapi.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Malaysia, Thailand 10 negara kelab terbaik Asia, Indonesia nombor 25
Kecemerlangan JDT melayakkan diri ke pusingan 16 ACLE memacu Malaysia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahap terpuji.

'Terima kasih TMJ, JDT untuk tujuh tahun'
Haziq Nadzli tidak lagi memegang status sebagai pemain pinjaman Harimau Selatan susulan dibenarkan beraksi berdepan JDT, Isnin lalu.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

Hafizh Syahrin menang Anugerah Pelumba Antarabangsa Terbaik MAM 2024
Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik manakala Qabil Irfan Azlan menerima anugerah Pelumba Muda Terbaik.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.