ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.
Astro Arena
Tue Feb 18 2025
Menurut sumber media antarabangsa Korea, sekitar jam 11.00 malam mercun dinyalakan mengakibatkan tempoh rehat anak buah Park Tae-ho terjejas. - Foto Astro ARENA
JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), berdepan misi penting apabila mahu mencuri mata berdepan gergasi Korea Selatan, untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati.
Perlawanan berdepan Pohang Steelers menjadi penentu skuad Hector Bidoglio di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.
Di sebalik aksi tumpuan itu, persiapan lawan kian terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.
Menurut sumber media antarabangsa Korea, sekitar jam 11.00 malam mercun didakwa dinyalakan mengakibatkan tempoh rehat anak buah Park Tae-ho terjejas.
Ahead of their away match against Johor Darul Tazim, the Pohang Steelers squad staying in Malaysia was disturbed as individuals believed to be Johor fans set off fireworks outside their hotel from 11 p.m. to 3 a.m. (Sportal Korea) pic.twitter.com/ghpYENiXwI