MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) mempunyai dana mencukupi untuk bantuan ketenteraan ke Ukraine untuk tempoh beberapa minggu, tetapi bantuan selanjutnya mungkin terjejas berikutan kemungkinan penutupan kerajaan, lapor Sputnik, memetik Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby, pada Selasa.
"Kami masih ada sedikit lagi dana pembiayaan, jadi saya fikir keadaan akan baik-baik saja untuk beberapa minggu akan datang atau lebih.
"Tetapi tanpa dana tambahan seperti yang kami minta, ia (penutupan kerajaan) benar-benar akan memberi kesan untuk usaha bantu Ukraine sehingga musim gugur dan musim sejuk," kata Kirby dalam temu bual dengan CNN.
Beliau turut menggesa Ahli Parlimen untuk memberikan persetujuan terhadap peruntukan tambahan AS$24 bilion kepada Kyiv secepat mungkin.
"Apabila masuk musim sejuk, ia menjadi sangat sukar bagi kedua-dua tentera untuk bergerak dan beroperasi.
"Jadi, kami mahu memastikan mereka (orang Ukraine) dapat semua yang mereka perlukan sementara keadaan masih mengizinkan," tambah beliau.
Kirby mengulangi bahawa penutupan itu boleh memberi kesan negatif terhadap keberkesanan pertempuran Ukraine.
Peruntukan bertujuan untuk Ukraine dalam belanjawan pertahanan AS menerima tentangan kuat daripada beberapa ahli Dewan Perwakilan.
Anggota Kongres Republikan Marjorie Taylor Greene berkata pada minggu lalu, beliau akan mengundi menentang rang undang-undang Pentagon selagi belanjawannya merangkumi bantuan kepada Ukraine.
Kongres AS mesti meluluskan belanjawan penuh atau jangka pendek sebelum 1 Oktober, penghujung tahun fiskal semasa, untuk mengelakkan penutupan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Kirby menggesa Ahli Parlimen untuk memberikan persetujuan terhadap peruntukan tambahan AS$24 bilion kepada Kyiv secepat mungkin. - Gambar fail/Reuters
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
AS ada dana bantu Ukraine untuk tempoh beberapa minggu sahaja - Rumah Putih
Amerika Syarikat mempunyai dana mencukupi untuk bantuan ketenteraan ke Ukraine untuk tempoh beberapa minggu.