KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.
Wan Junaidi berkata kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana beliau percaya Kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi.
"Jadi kita tidak boleh salahkan kerajaan daripada sudut ini kerana kita belum ada persetujuan dengan sesuatu negara tertentu.
"Kalau kita mohon pun, kalau China kata ini permohonan biasa diplomatik sahaja, dia boleh tidak mengendahkannya. Jadi, dalam keadaan sedemikian ini, ia mungkin menghalang pihak-pihak berkuasa kita seperti polis, Kementerian Dalam Negeri bertindak dalam soal sini, " katanya.
Wan Junaidi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Universiti Malaya-National University of Singapore Hybrid: Pindaan Perlembagaan dan Struktur Asas di Malaysia, di sini hari ini.
Ketika ditanya "Adakah mustahil untuk membawa pulang Jho Low?", Wan Junaidi berkata: "Saya tidak kata mustahil tetapi ia bukannya mudah."
Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Wan Junaidi berkata kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana beliau percaya Kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi. - Gambar fail/BERNAMA
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Ada kerumitan ekstradisi Jho Low - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana beliau percaya Kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi.