MARANG: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan terdapat nama-nama besar yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas ini.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan latar belakang individu yang dimaksudkan itu.
"Insya-Allah ada nama besar yang akan sertai PN dan kita sedang menyusun gelombang ini di seluruh negara," katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut di sini pada Selasa.
Sementara itu, ditanya mengenai agihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, ia belum selesai diagihkan lagi.
"Agihan kerusi DUN yang akan ditandingi calon PN di enam negeri melibatkan Pas, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) belum selesai dan masih di peringkat rundingan lagi.
"Perbincangan terakhir agihan kerusi itu akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Kita akan cari ruang waktu yang sesuai dalam tempoh terdekat ini untuk kita duduk dan bincang agihan kerusi di enam negeri terlibat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, beliau juga menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti bagi menentukan kerusi DUN yang bakal ditandingi dalam PRN tidak lama lagi.
Jelasnya, beliau sendiri tidak dapat memastikan sama ada kekal bertanding di kerusi DUN Rhu Rendang atau di DUN lain.
"Ini bukan hak saya untuk saya buat keputusan (DUN yang ditandingi) walaupun (saya) Naib Presiden Pas. Apa-apa jua (keputusan) ditentukan oleh kepimpinan tertinggi," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad Samsuri memenangi kerusi DUN Rhu Rendang selepas memperoleh 13,851 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (7,823) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sarawi Sulong (729 undi). -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023

Ahmad Samsuri (dua dari kanan) melayani tetamu yang hadir sempena Majlis Hari Raya DUN Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut di Marang pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembuat seramik di Hebron perkenal produk, reka bentuk baharu
Rekaan pinggan seramik dengan ukiran bulan sabit dan ucapan ramadan kareem diperkenalkan di Hebron bagi memberi keceriaan Ramadan meskipun berlangsung dalam keadaan gencatan senjata tidak menentu.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.

DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.