MARANG: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan terdapat nama-nama besar yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas ini.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan latar belakang individu yang dimaksudkan itu.
"Insya-Allah ada nama besar yang akan sertai PN dan kita sedang menyusun gelombang ini di seluruh negara," katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut di sini pada Selasa.
Sementara itu, ditanya mengenai agihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, ia belum selesai diagihkan lagi.
"Agihan kerusi DUN yang akan ditandingi calon PN di enam negeri melibatkan Pas, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) belum selesai dan masih di peringkat rundingan lagi.
"Perbincangan terakhir agihan kerusi itu akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Kita akan cari ruang waktu yang sesuai dalam tempoh terdekat ini untuk kita duduk dan bincang agihan kerusi di enam negeri terlibat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, beliau juga menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti bagi menentukan kerusi DUN yang bakal ditandingi dalam PRN tidak lama lagi.
Jelasnya, beliau sendiri tidak dapat memastikan sama ada kekal bertanding di kerusi DUN Rhu Rendang atau di DUN lain.
"Ini bukan hak saya untuk saya buat keputusan (DUN yang ditandingi) walaupun (saya) Naib Presiden Pas. Apa-apa jua (keputusan) ditentukan oleh kepimpinan tertinggi," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad Samsuri memenangi kerusi DUN Rhu Rendang selepas memperoleh 13,851 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (7,823) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sarawi Sulong (729 undi). -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023
Ahmad Samsuri (dua dari kanan) melayani tetamu yang hadir sempena Majlis Hari Raya DUN Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut di Marang pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Bursa Malaysia susut pada sesi awal, jejak prestasi suram Wall Street
Bursa Malaysia susut pada sesi awal dagangan Jumaat seiring dengan prestasi semalaman Wall Street yang lebih suram.
Gencatan senjata Gaza: Nestle, Berjaya Food bakal peroleh manfaat, tetapi berdepan saingan sengit - Penganalisis
Perniagaan mereka terjejas akibat boikot berterusan produk sebagai protes terhadap tindakan Israel dalam tempoh 15 bulan lalu.
Spotlight: Insurance Reform - Prioritising Rakyat’s Wellbeing
Health insurance premiums have surged by 10-15% annually, exacerbated by a growing burden of NCDs combined with an ageing population - while insurance penetration at 57%, highlights gaps in accessible protection.
Climate change risks such as flooding are also burdening households due to rising premiums, with Malaysia suffering RM2 billion in damage costs in 2021 alone.
NIAGA SPOTLIGHT features Dato’ Indrani Thuraisingham, Legal Advisor, Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) discussing insurance reform and universal coverage to ensure the Rakyat’s wellbeing.
Climate change risks such as flooding are also burdening households due to rising premiums, with Malaysia suffering RM2 billion in damage costs in 2021 alone.
NIAGA SPOTLIGHT features Dato’ Indrani Thuraisingham, Legal Advisor, Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) discussing insurance reform and universal coverage to ensure the Rakyat’s wellbeing.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS bagi hari keempat
Pada 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4900/5050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5005/5050 yang dicatatkan semalam.
Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Fahami geran perniagaan sebelum mohon
Memohon geran perniagaan memerlukan pemahaman yang jelas mengenai keperluan setiap geran, prosedur, permohonan dan dokumen sokongan diperlukan. AWANI Pagi melalui JIWA SME mengupas mengenai bagaimana memohon geran perniagaan dengan betul.
Tiga beranak di Ulu Tiram maut melecur, rumah terbakar
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ng Geok Choo, 63, anak perempuannya, Lee Chiw Yong, 30, dan cucu perempuan, Chen Si Jing, 11.
FBM KLCI Mingguan: Peluang emas & risiko tersembunyi
Minggu dagangan hampir berakhir, perhatian tertumpu kepada prestasi FBM KLCI dan sektor utama yang mendominasi pasaran. Bagaimanakah pasaran saham Malaysia mengharungi cabaran minggu ini dan apa jangkaan hala tuju pasaran dalam masa terdekat? Pandangan dan analisis lanjut bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin.
AWANI Ringkas: Tenaga Boleh Diperbaharui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.
PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.