Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ada orang dalam UMNO yang mempunyai 'perasaan dengki' terhadap pengaruh dan akses Low Taek Jho atau Jho Low kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata Jho Low mahu penglibatannya dalam 1MDB tidak menonjol supaya tidak menggugat kedudukan Najib dalam UMNO.
Shahrol Azral, 49, berkata Jho Low memberitahunya bahawa penglibatannya dari tahun 2009 hingga 2011 perlu tidak menonjol kerana banyak orang dalam UMNO cemburu terhadap akses Jho Low kepada Najib.
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada hari ke-17 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung dana 1MDB.
Muhammad Shafee: Dalam DCR (Resolusi Pekeliling Pengarah 1MDB) Anda dan Datuk Ismee Ismail (bekasahli lembaga pengarah 1MDB) secara terbuka melantik Jho Low sebagai penasihat syarikat. Ini bermakna tiada masalah mengenai imej Jho Low tidak dapat ditunjukkan. Tidak ada masalah seperti itu?
Shahrol Azral: Ya.
Muhammad Shafee: Bila dia menimbulkan masalah?
Shahrol Azral: Ini adalah pemerhatian saya. Beliau mula menjadi masalah apabila Datuk Seri Najib menjadi pemegang saham tunggal dan pemegang kepentingan dalam 1MDB.
Dan saya dapat mengagak banyak perasaan dengki dari orang dalam UMNO berhubung pengaruh dan akses Jho Low kepada Datuk Seri Najib. Jadi, itu munasabah apabila Jho Low memaklumkan kepada saya bahawa penglibatannya perlu tidak menonjol supaya tidak menggugatkan kedudukan Datuk Seri Najib dalam UMNO. Itulah perancangan dari 2010 dan seterusnya saya menerima penjelasannya.
Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee mengenai penglibatan Jho Low dalam 1MDB, saksi itu berkata dari 2009 hingga 2011, tidak ramai yang tahu bahawa Jho Low memainkan peranan utama dalam hubungan Najib dengan Arab Saudi, Abu Dhabi, dan juga dengan China ketika itu.
Beliau berkata dalam tempoh itu (2009 hingga 2011) Jho Low memainkan peranan besar dalam hubungan Najib dengan Arab Saudi, Abu Dhabi dan China
Saksi tersebut juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dia yakin bahawa Jho Low adalah orang yang telah membuka peluang di ketiga-tiga negara tersebut.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019

SHAHROL AZRAL: Jho Low memberitahunya bahawa penglibatannya dari tahun 2009 hingga 2011 perlu tidak menonjol kerana banyak orang dalam UMNO cemburu terhadap akses Jho Low kepada Najib.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Ibu jual barang kemas Eda Ezrin bayar peguam
Zahara melawat Eda Ezrin setiap minggu semasa di penjara dan bersyukur atas pembebasan anaknya.

Pemilihan jawatan Pengerusi CPA Malaysia diadakan dalam masa terdekat
Pemilihan jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri
[TERKINI] UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
UMNO pandang serius sebarang cubaan kaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.
AWANI Ringkas: Kes mati kakitangan Pejabat Perbendaharaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia lancar peluru berpandu di Kryvyi Rih
Rusia melancarkan serangan peluru berpandu ke sebuah hotel di bandar Kryvyi Rih, Ukraine tengah lewat malam Rabu sehingga menyebabkan dua nyawa terkorban dan mencederakan tujuh yang lain.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.