KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengakui terdapat sebilangan pegawai dan anggota polis yang membocorkan pelbagai maklumat sulit melalui media sosial.
Beliau berkata hal itu merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.
"Prinsip kerahsiaan hendaklah dipatuhi selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat dikategorikan sebagai rahsia rasmi.
"Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu untuk membawa liabiliti jenayah di bawah akta ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, Allaudeen berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.7 juta sepanjang Januari lepas, berbanding RM1.8 juta bagi tempoh sama pada 2023.
Beliau berkata meskipun nilai rampasan mengalami penurunan, jumlah tangkapan bagi Januari meningkat kepada 2,352 orang berbanding 1,333 orang bagi tempoh sama tahun lepas.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur pula katanya, melakukan 366 operasi dan serbuan dengan tangkapan 421 orang pada Januari.
"Selain itu, sebanyak empat kertas siasatan dibuka melibatkan Call Center dengan dua telah dituduh dan dua lagi masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Allaudeen berkata, hal itu merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej PDRM, malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara. - Gambar fail
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Pemecatan diumumkan menerusi surat daripada pemangku peguam negara, James McHenry.

Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.

Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan

Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat dalam media sosial
Hal ini merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej PDRM, malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.

Seramai 34 pegawai kanan, rendah polis dibuang kerja, lima bulan pertama tahun ini - Bukit Aman
PDRM tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah polis yang terlibat dalam rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.

Penglibatan pegawai, anggota tentera di Turkiye harumkan nama Malaysia - Mohamad
Penglibatan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dalam Misi Operasi Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye pada Februari lepas telah mengharumkan nama Malays

Pegawai, anggota polis antara yang ditahan terlibat pertubuhan haram
Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram, di sekitar Dungun, Jumaat lepas.

1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.

Helikopter bawa Presiden Colombia ditembak
Dalam serangan itu, helikopter yang membawa Ivan Duque dan beberapa pegawai lain diserang dengan beberapa das tembakan.