BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata ini kerana kerjasama melibatkan PH bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu gabungan yang mantap.
"Kerana apa nak pecahkan, (kerana) mereka cemburu, kerana sudah berapa lama (di negara ini) kita belum ada kekuatan yang sebegitu rupa, memang ada usaha yang mahu pecahkan gabungan ini.
"Tapi yang penting Kerajaan Perpaduan ini stabil, untuk apa? Untuk kita bangkitkan ekonomi, untuk apa? Untuk bawa pelaburan luar masuk, untuk apa? Untuk kita bela nasib rakyat, pelabur pun dah yakin dengan Kerajaan Perpaduan, jadi jangan kacau, jangan rosakkan. Nak kacau tunggu empat tahun lagilah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini pada malam Isnin.
Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan calon BN bagi PRK DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
Tambah Anwar kebersamaan di dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja berjaya memberi kestabilan politik, malah berupaya menghasilkan dasar yang jelas untuk pembangunan negara.
Katanya dalam tempoh sembilan bulan pemerintahan, Kerajaan Perpaduan berjaya membawa manfaat seperti dasar ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
"Malah pelaburan tahun ini pun adalah yang paling tinggi dalam sejarah kita, dan ingat ini belum pun hujung tahun lagi," katanya.
Anwar turut menzahirkan keyakinan BN akan mampu mempertahankan kerusi DUN Pelangai.
PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Anwar berkata kerjasama melibatkan PH bersama BN, GRS dan GPS adalah satu gabungan yang mantap. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRN DUN Pelangai: Fahmi sangkal dakwaan warga Felda sokong PN
Fahmi menyangkal dakwaan kononnya PN memperoleh sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu lepas.

Kemenangan BN bukti formula Kerajaan Perpaduan diterima rakyat - Noraini
Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima oleh rakyat.

PRK Pelangai: Kemenangan BN bukti isu 3R dimain PN, ditolak rakyat Pahang
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kemenangan tersebut juga telah menyekat kemaraan gelombang hijau di negeri tersebut.

PRK Pelangai: Ayah hantar, adik-beradik bantu pimpin masuk saluran - Pengundi OKU penglihatan
Dia yang bersemangat keluar mengundi hari ini tidak lagi mampu melihat akibat terlibat dalam kemalangan di tempat kerja sekitar tahun 1999.

Sesiapa boleh datang ke Pelangai, tapi jangan tabur fitnah - Amizar
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam berkata sesiapa pun boleh datang untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, tetapi jangan menyebarkan fitnah.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai
Salah satu ditempatkan di persimpangan masuk Felda Kemasul, manakala satu lagi ditempatkan di pekarangan kediaman penduduk.

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.

PRK Pelangai: Diiringi ratusan penyokong, proses penamaan calon bermula
Bakal calon diberi tempoh sejam hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan, sebelum senarai yang layak bertanding diumumkan.

PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.