KUALA LUMPUR: Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar, mengenai wujudnya satu dekri tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas perdana menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah.
Semasa perbicaraan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Datuk Amarjeet Singh bahawa saksi berkenaan kini berada di Mekah untuk 10 hari terakhir Ramadan.
"Saya memohon penangguhan yang singkat kerana malangnya orang yang paling kritikal (saksi) kepada permohonan itu tidak menandatangani afidavit berkenaan kerana dia telah berlepas ke Mekah dan dijangka kembali selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Affidavit ini adalah kritikal, walaupun di peringkat ini. Saya hanya memerlukan masa yang singkat, mungkin sehingga satu tarikh yang telah saya rundingkan dengan rakan saya 'sebelah sana' iaitu pada 17 April," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili responden tidak membantah terhadap perkara itu.
Hakim Amarjeet kemudian membenarkan penangguhan sehingga 17 April dan mengarahkan supaya hujahan bertulis difailkan pada 15 April.
Sementara itu hakim menolak permohonan peguam Abhilaash Subramaniam yang mewakili Majlis Peguam untuk mengikuti prosiding itu sebagai pemerhati, dengan alasan kebenaran belum lagi diberikan, dan pada peringkat ini ia masih permohonan ex-parte.
Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Muhammad Shafee bagaimanapun enggan mendedahkan identiti saksi penting permohonan itu.
Pemohon (Najib) menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam notis permohonan itu Najib memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Jan 2024.
Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.
Najib, 70, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda telah dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Muhammad Shafee bagaimanapun enggan mendedahkan identiti saksi penting permohonan itu. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.