KUALA LUMPUR: Apabila diumumkan bahawa chef dan personaliti TV Britain, Gordon Ramsay, akan membuka restoran pertamanya di Malaysia awal tahun ini, ia mencetuskan keterujaan dalam kalangan penggemar makanan di seluruh negara.
Ramai tidak sabar menanti pembukaan restoran ikon kulinari itu, yang terletak di aras lobi Sunway Resort, Bandar Sunway.
Selepas enam bulan dibuka, restoran itu sentiasa dipenuhi pelanggan, dengan tarikh paling awal untuk tempahan adalah pada tahun depan.
Bagi empunya diri, membuka sebuah lagi cawangan baharu di lokasi baharu memberi pengalaman berbeza, namun apa yang lebih mengujakan adalah sambutan penduduk setempat.
"Pembukaan bar dan gril pertama saya di Malaysia bermula dengan baik tetapi pelanggan yang mengesahkannya. Sebanyak 22,000 tempahan pada bulan pertama, dan kami menerima banyak kritikan kerananya tetapi saya tidak mahu menerima 2,000 orang pelanggan sehari.
"Saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa dengan kapasiti tempat duduk 150 tetamu. Tidak perlu tergesa-gesa tetapi ada jangkaan tertentu. Terdapat satu 'tenaga' di bandar raya ini dan permintaan yang tinggi untuk makanan yang enak," katanya dalam temu bual eksklusif bersama AWANI Review yang bersiaran pada Sabtu.
Rekaan dalaman restoran itu memperlihatkan gabungan kemegahan Sunway Resort dengan warisan British.
Dengan skema warna merah dan hijau hutan, kemewahan restoran itu lebih terserlah dengan lantai kayu keras walnut, kemasan loyang, siling emas 24 karat dan potret monokrom beberapa ikon British.
Tetapi Ramsay tidak mahu membuka restoran di Malaysia tanpa mengambil peluang menikmati intipati sebenar citarasa Malaysia dan Asia.
"Saya sukakan fusion dan saya akan menjadi sangat bodoh jika tidak menerima apa yang dilakukan oleh orang tempatan di sini. Saya mahu mencuba sumber sebanyak yang kita boleh, dan selepas itu barulah kita boleh bercakap tentang chef di dapur.
"Saya mempunyai seorang chef Eropah dan 27 pekerja tempatan, jadi persediaannya adalah luar biasa, mereka diajar dengan latihan yang banyak serta pemahaman.
"Malah saya bercakap dengan semua tukang masak muda supaya merasai terlebih dahulu sebelum memasak. Kami menghabiskan beberapa minggu hanya untuk merasa dan memahami apa yang dimasak," ujarnya.
Ramsay, yang dilahirkan di Scotland tetapi dibesarkan di Stratford-upon-Avon, England, pada awalnya bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak, namun kecederaan menguburkan harapannya, sebelum memilih menyambung pengajian dalam pengurusan hotel.
Ramsay berumur 31 tahun ketika dia menubuhkan Restoran Gordon Ramsay. Hari ini, restoran yang mempunyai penarafan tiga bintang Michelin itu ialah restoran yang paling lama beroperasi di London dengan penarafan berkenaan, manakala Ramsay sendiri merupakan salah satu daripada empat tukang masak di UK yang mengekalkan status tiga bintang itu.
Bagi Ramsay, masakan Malaysia terbina daripada banyak lapisan kompleks yang yang digabung dalam cara unik, termasuk melibatkan aspek keagamaan dan kepelbagaian budaya sama ada klasik, ruji malah pes yang digunakan untuk membuat kari yang menghasilkan wangian masakan bercirikan Malaysia.
"Saya seorang peminat masakan Malaysia. Bukan sahaja pada elemen rempah dan bahan-bahannya tetapi juga etika kerja, kerja keras dan tahap kesempurnaan di sini ada dalam DNA saya.
"Maka, untuk diberi peluang untuk menubuhkan jenama, membawa sesuatu yang unik dan dalam masa yang sama menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia, ia seolah-olah impian yang menjadi kenyataan," kata bapa lima orang anak itu.
Apakah yang diperlukan oleh seorang individu sehebat Gordon Ramsay dalam mencari individu untuk menterjemah setiap rasa dalam hidangannya?
"Saya memberi inspirasi kepada ramai individu kerana saya seorang yang setia dan itulah yang saya lihat pada mana-mana chef, iaitu tahap visi dan kesetiaan.
"Seterusnya ialah disiplin. Saya boleh mengajar mereka beberapa hari seminggu. Tetapi apabila saya tiada di sini, mereka perlu mengajar diri mereka untuk menjadi seperti saya, bagaimana mereka mahu mengekalkan standard dan terus maju.
"Mereka juga harus menghormati bahan-bahan dan jangan terbawa-bawa dengan perasaan. Ini adalah kualiti utama yang membantu membina profil chef muda," jelasnya.
Madiha Abdullah
Sun Dec 25 2022
Ramsay tidak mahu membuka restoran di Malaysia tanpa mengambil peluang menikmati intipati sebenar citarasa Malaysia dan Asia. - Instagram / gordonramsaybarandgrillkl
Sidang Media Perdana Menteri bersama Presiden Indonesia
Ikuti secara langsung sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Perdana Putra sempena lawatan negara pertama oleh Presiden Prabowo ke negara di rantau Asia Tenggara selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober 2024.
#AWANInews
#AWANInews
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.
Indonesia menyokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025
Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto berkata Indonesia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan. #AWANInews
Malaysia, Indonesia tetap menyokong kemerdekaan Palestin
Malaysia dan Indonesia bersependapat dalam isu perjuangan kemerdekaan Palestin dan menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza.
#AWANInews
#AWANInews
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
12 buah motosikal musnah terbakar di parit
Sebanyak 12 buah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di kawasan rumah di Jalan Kampung Tanjung Medan Layang Kiri, Parit, Perak.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Israel tidak pernah maklum lanjut kehadiran tentera di sempadan - Lubnan
Menurut kenyataan itu, Presiden Joseph Aoun telah memaklumkan kepada jawatankuasa pemantauan gencatan senjata tentang penolakannya terhadap perkara itu.
AWANI Ringkas: Ops Bersepadu seluruh negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kenderaan masuk Johor meningkat 15 peratus Tahun Baharu Cina ini
Jumlah kenderaan luar yang memasuki Johor dijangka meningkat antara 10 hingga 15 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina termasuk menerusi Tambak Johor dan Linkedua.
Agong kurnia Darjah Kerabat Johor kepada Prabowo
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.
Khairulaming terkejut Gordon Ramsay 'approve' resipi, siap nak datang Malaysia
Dalam video yang sama, Khairulaming juga memberitahu hidangan pencuci mulut yang disediakan itu merupakan salah satu resipi Gordon.
Siti Nurhaliza teruja bertemu Gordon Ramsay, peminat tunggu kerjasama dua bintang
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja bertemu dengan salah seorang selebriti chef terbaik dunia, Gordon Ramsay dan menyifatkan pengalaman itu sebagai 'kenangan terindah'.
Gordon Ramsay buka restoran pertama di Malaysia
Chef yang memiliki Tujuh Bintang Michelin itu akan membuka satu lagi restoran mewah berkonsepkan Bar and Grill di Hotel Sunway Resort.
Gordon Ramsay buka restoran di Malaysia, bolehlah rasa Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding
Gordon Ramsay bakal membuka restoran pertamanya, Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort pada Jun ini.