'Islamic State' atau kumpulan militan IS perlu disebut sebagai kumpulan pengganas atau pelampau, bukan sebagai 'Islamic State', kata Penasihat Khas Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, istilah 'Islamic State' itu mempunyai makna tertentu dan memberi gambaran buruk kepada negara Islam sebenar.
"Janganlah dengan begitu mudah menerima sahaja IS untuk merujuk kepada negara Islam. Ia (kumpulan militan IS) adalah kumpulan mungkar. Negara Islam tidak akan melakukan kemungkaran. Negara Islam adalah berlandaskan undang-undang syariah," katanya.
Rais, yang juga penasihat kepada Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata demikian dalam ucapan penutupnya pada Persidangan Antarabangsa 'Orde Baharu Dunia: Resipi Untuk Peperangan Atau Keamanan!' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Isnin.
Beliau berkata istilah 'Islamic State' diguna dengan meluas kerana Amerika menggunakannya.
"Oleh kerana Amerika menggunakan perkataan itu, kita pun menggunakanya juga," kata beliau.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas persidangan itu berakhir, presiden PGPF Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulan militan IS bukan sebuah negara Islam, tetapi pengganas.
"Kita diperkenalkan dengan perkataan IS oleh Amerika Syarikat dan kita pun terima Islamic State kononnya. Ini bukan Islamic State, ini pengganas.
"Mereka ini mungkin dilatih dan dibekalkan senjata dan wang oleh orang yang menuduh mereka ini ialah IS. Oleh itu, kita terpaksa fikir semula umpamanya kenapa IS terdiri daripada orang Islam cuma bunuh orang Islam sahaja...," jelas bekas perdana menteri itu.
Bernama
Tue Mar 10 2015

RAIS: istilah 'Islamic State' itu mempunyai makna tertentu dan memberi gambaran buruk kepada negara Islam sebenar. - Foto Fail

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif
Penganugerahan itu merupakan penghormatan tinggi buat Rais, atas jasa dan pengorbanan beliau merancang pembangunan seni budaya tanah air.

Masyarakat Melayu perlu martabatkan seni budaya dan warisan
Usaha memartabatkan seni budaya dan warisan Melayu itu juga boleh mengelakkan pihak lain memperkecilkan budaya, bahasa dan warisan Melayu.

Perlu pendekatan jelas untuk tingkat pengunaan bahasa Melayu - Dr Rais
Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pemegang dasar harus membuat pendekatan yang jelas supaya bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa komersial dalam semua urusan.

IS adalah pengganas, bukan Islamic State - Rais
'Islamic State' atau kumpulan militan IS perlu disebut sebagai kumpulan pengganas atau pelampau, bukan sebagai 'Islamic State'.