KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengakui agak terkejut apabila kontroversi membabitkan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) baru-baru ini, dibawa ke Parlimen, sehingga dijadikan satu usul.
Adam Adli berpendapat, isu tersebut bukanlah berkepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikannya sebaiknya.
Menurutnya, isu tersebut tidak perlu disensasikan dan andai ada kelemahan, ia boleh diuruskan dengan pertemuan yang bersifat matang.
“Cuma untuk menjawab soalan, yang pertama... jawatankuasa untuk pengesahan pemenang ini, dia telah putuskan tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer dan Ikon Belia Sanjungan Budi.
“Bukan hanya satu kategori, tetapi dua kategori yang tiada pemenang... dan ini adalah keputusan muktamad di mana tiada calon yang memenuhi kriteria yang telah pun ditetapkan.
“Kita juga tidak pernah keluarkan sebarang surat pemakluman kepada mana-mana individu sebagai pemenang.
“Jadi kita pun tertanya-tanya bagaimana boleh dianggap dirinya pemenang dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tambahnya, kementerian juga telah mengeluarkan kenyataan media untuk jawab berkaitan penularan isu tersebut.
“APBN ini, tujuannya adalah untuk mengiktiraf golongan belia yang telah pun mencapai satu kejayaan yang sangat besar.
“Malangnya bagi kita... dalam Anugerah Perdana Belia Negara kali ni ada lebih 12 penerima anugerah, termasuk mereka yang telah memenangi pingat emas dalam Sukan Asia... (namun mereka) tidak diberi perhatian pun.
“Yang ini (punca kurang perhatian kepada pemenang), kita rasakan kerana terbawa-bawa oleh sensasi yang sedang berlaku terhadap hanya satu individu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang membangkitkan isu tersebut dan meminta penjelasan daripada KBS.
Ridauddin Daud
Wed Nov 15 2023
![Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700021522_AdamAdli.jpg)
Adam berkata, isu tersebut tidak perlu disensasikan dan andai ada kelemahan, semua boleh diuruskan dengan pertemuan yang bersifat matang. - Gambar/ Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil' APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716637832_AnugerahPerdanaBel.jpg)
APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.
![Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700021522_AdamAdli.jpg)
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
![2,575 keluarga mangsa banjir Kota Belud terima bantuan 2,575 keluarga mangsa banjir Kota Belud terima bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531379062_mangsabanjir.jpg)
2,575 keluarga mangsa banjir Kota Belud terima bantuan
Sebanyak 2,575 keluarga mangsa banjir daripada 37 kampung di daerah ini, hari ini menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).
![Bomba dan PDRM sebagai 'frontliner' semasa banjir - Abdul Rahman Bomba dan PDRM sebagai 'frontliner' semasa banjir - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440838655_RAHMANDAHLAN.jpg)
Bomba dan PDRM sebagai 'frontliner' semasa banjir - Abdul Rahman
Penyelarasan arahan agensi keselamatan perlu diutamakan dalam mana2 kejadian bencana terutamanya melibatkan kepentingan orang ramai.
![Kerajaan tubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara - Shahidan Kerajaan tubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436491395_ShahidanKassim.jpg)
Kerajaan tubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara - Shahidan
Kerajaan menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi menyelaras dan mengurus bantuan bencana dalam negara dengan lebih teratur dan efektif.