KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan kenyataan tular yang mengatakan seorang sukarelawan bernama Adam Loh, adalah individu yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia.
KKM menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, berita tular itu telah disalah tafsir yang mana individu berkenaan sebenarnya telah menerima vaksin kajian dan bukannya vaksin COVID-19.
“Tersebar grafik di atas dalam media sosial yang mendakwa Adam Loi adalah penerima pertama vaksin COVID-19. Gambaran grafik tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Untuk makluman, beliau merupakan sukarelawan yang pertama menerima vaksin kajian COVID-19, dan bukannya vaksin COVID-19,” kata KKM.
BACA: COVID-19: PM umum jadi antara individu pertama terima suntikan vaksin
Jelas KKM, menurut tatacara kajian klinikal, sukarelawan tersebut berkemungkinan menerima vaksin sebenar ataupun plasebo.
Oleh itu, menurut KKM, penerima vaksin COVID-19 yang pertama di negara ini masih belum ditentukan.
“Adalah menjadi harapan KKM, pencerahan ini dapat memberikan gambaran sebenar mengenai siapa penerima pertama vaksin di Malaysia.
“Pihak yang menularkan grafik tersebut diminta menghentikan sebaran dan memadamnya bagi mengelak kekeliruan terus berlaku di kalangan orang ramai,” kata kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Mon Feb 01 2021

KKM hari ini menafikan kenyataan tular yang mengatakan seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Adam Loh, adalah individu yang pertama menerima vaksin COVID-19 di Malaysia. - Facebook/KKM
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Adam Loh bukan penerima vaksin COVID-19 pertama di Malaysia - KKM
KKM hari ini menafikan kenyataan tular yang mengatakan seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Adam Loh, adalah individu yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia.