KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad berdepan enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM3.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 November lalu.
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Mengikut semua pertuduhan, tertuduh sebagai Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd didakwa memindahkan wang itu dari akaun CIMB Bank Berhad milik Syarikat Bayu Bumiraya ke akaun miliknya dan tiga individu lain antaranya Nabilah Mahiaddin dan Ameer Azlan Mohd Ayob.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Jaya One, di sini antara 1 Disember 2021 hingga 27 Disember 2022.
Setiap pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama dan dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, ahli politik ini berdepan enam pertuduhan lain iaitu lima kes rasuah berhubung projek Jana Wibawa dan satu AMLA.
Ini menjadikan ahli perniagaan tersebut berdepan 12 pertuduhan meminta, menerima rasuah dan AMLA, yang mana ia akan didengar oleh Hakim, Suzana Hussin.
Pada 21 Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat ini dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas satu tuduhan meminta suapan iaitu wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat merupakan Pengarah Urusan Syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.
Dia turut didakwa atas satu tuduhan menerima suapan RM500,000 ke akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada individu sama sebagai upah kerana membantu syarikat tersebut mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.
Pada 22 Februari pula, dia didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa daripada Lian Tan Chuan dan Mat Jusoh melalui akaun CIMB Bank Bhd milik Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd yang dia adalah pengarah syarikat berkenaan.
Ia sebagai upah bagi tertuduh membantu Syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy bagi mendapatkan dua projek iaitu Ibu Pejabat Daerah Klang Utara dan pembinaan jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan Malaysia masing-masing bernilai RM141 juta serta RM47.8 juta.
Pada 28 Februari, dia dituduh di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan meminta rasuah RM2 juta, Tan Chuan sebagai upah membantu Nepturis mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada kerajaan Malaysia, di sebuah restoran di Damansara, Januari tahun lalu.
Pada 25 Oktober pula, dia dituduh di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan menggunakan wang daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000 bermula 2021 lalu.
Sementara itu, semasa prosiding, Suzana membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadhly Mohd Zamry supaya kesemua 12 pertuduhan itu dipindahkan ke mahkamah ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh pula memaklumkan, pihaknya akan membuat permohonan agar kesemua kes ini dibicarakan secara bersama.
“Pihak kami belum boleh membuat permohonan itu kerana pihak pembelaan memaklumkan mereka perlu meneliti dokumen bagi kesalahan AMLA terlebih dahulu.
“Susulan itu, kami mohon mahkamah menetapkan satu tarikh singkat untuk perkembangan perkara tersebut,” katanya.
Sementara itu, peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Adam Radlan mengesahkan perkara terbabit.
Suzana kemudiannya menggunapakai jaminan yang ditetapkan di sebelum ini iaitu RM420,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sekali setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 28 2023

Adam (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, bagi prosiding kes rasuah dan AMLA berkaitan Jana Wibawa. - Gambar/ Sinar Harian
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.

Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Adam Radlan didakwa guna hasil haram RM500,000
Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menggunakan wang daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000, bermula 2021 lalu.

Jana Wibawa: Perbicaraan kes Adam Radlan bermula Mei 2024
Mahkamah Sesyen menetapkan 15 hari bermula Mei tahun depan untuk perbicaraan tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad berkaitan Program Jana Wibawa.

Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan RM4.1 juta pindah ke KL
Kes Adam Radlan yang menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah masing-masing berjumlah RM2 juta dan RM2.1 juta berhubung Jana Wibawa akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kes Jana Wibawa: Pendakwaan berhasrat pindah kes rasuah Adam Radlan
Pendakwaan berhasrat untuk memindahkan kes terhadap Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.