KETUA Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari 2017 kira-kira jam 1.20 petang di di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.
Beliau yang rakyat Malaysia kenali merupakan seorang ahli politik Melayu-Melanau Sarawak yang amat disanjungi ramai.
Adenan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima pada 28 Februari 2014.
Allahyarham genap 73 tahun pada 27 Januari ini.
Adenan yang menerima pendidikan undang-undang di Australia juga pernah bertugas sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan sebelum menceburi bidang politik.
Kerjaya politik Adenan bermula pada 1976 apabila Allahyarham dilantik sebagai Penasihat Perundangan Dan Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Bapa kepada lima orang anak ini mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik apabila memenangi kesemua kerusi Negeri dan Parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.
Seorang tokoh politik yang cukup hebat dalam Kabinet negeri, Adenan pernah dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai tanah adat di Sarawak pada sekitar 1990-an.
Allahyarham pernah menjadi Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kerajaan Pusat dari Mac 2004 hingga Februari 2006.
Di bawah pentadbirannya, Adenan banyak membawa perubahan terutama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, menghapuskan tol, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan penyerahan semula kuasa autonomi kepada Sarawak.
8 FAKTA TAN SRI ADENAN SATEM
1. Memenangi kesemua kerusi Negeri dan Parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.
2. Pertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu dengan majoriti 4,218 undi pada pilihan raya negeri 16 Mei 2011.
3. Pernah berkhidmat sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan.
4. Beliau merupakan etnik Melayu yang pertama menerajui negeri itu selaku Ketua Menteri.
5. Merupakan graduan undang-undang dari Australia.
6. Menjadi Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
7. Menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Borneo pada 1975 dan dilantik sebagai pengerusi Yayasan Sarawak pada 1 Februari 1999.
8. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri selama 8 bulan 11 hari dari tarikh mengangkat sumpah PRN-11.
Astro Awani
Wed Jan 11 2017
Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira pukul 1.20 petang Rabu.
Sinner muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Australia
Pemain Itali, Jannik Sinner merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad.
Elton John beri amaran perancangan AI ancam pendapatan artis, sokong McCartney
Penggunaan bahan dengan hak cipta untuk melatih model kecerdasan buatan kini menjadi subjek perundingan Kerajaan UK.
Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan
Pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan.
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
UTeM cipta peralatan rehabilitasi bantu pulih pesakit dalam komuniti
Program itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan fisioterapi untuk komuniti B40 di kawasan setempat.
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.