LOS ANGELES: Susulan kenyataan anti-semitik (anti Yahudi), syarikat jenama Adidas mengambil keputusan menamatkan kontrak bersama penyanyi rap, Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye.
Memetik laporan BBC, Adidas memutuskan usahasama dengan Ye kerana menyifatkan ucapan yang berunsur hasutan dan anti-semitik sebagai keterlaluan.
“Adidas tidak bertolak ansur dengan komen kebencian. Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian, berbahaya dan ia melanggar nilai kepelbagaian dan polisi syarikat agar saling menghormati,” kata wakil syarikat itu.
Tegas Adidas, syarikat itu memutuskan menamatkan segala kerjasama dengan Ye serta-merta, menamatkan pengeluaran produk Yeezy serta menghentikan segala pembayaran kepada Ye dan syarikatnya.
Terdahulu, Ye mengejutkan dunia selepas melancarkan pertunjukan fesyen Yeezy serta memakai kemeja T bertulis "White Lives Matter" di Minggu Fesyen Paris pada 3 Oktober lalu.
Difahamkan, kerjasama jenama Yeezy dengan Ye mencatat sejarah kejayaan syarikat manakala pembatalan kontrak menyebabkan Adidas mengalami kerugian sebanyak £217 juta (RM1.17 bilion) pada tahun 2022.
Dalam masa sama, jenama Morgan dan Gap turut menamatkan kerjasama bersama Ye. Gap dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat akan menarik produk Yeezy Gap daripada kedai serta menutup laman web YeezyGap.com.
Bukan itu sahaja, jenama Balenciaga dan Agensi Pencarian Artis Kreatif juga memutuskan hubungan dengan Ye awal Oktober ini.
Untuk info, Ye pernah mendedahkan dia disahkan menghidap penyakit mental pada tahun 2018 serta memaklumkan tidak pernah melihat penyakit itu sebagai satu kelemahan sebaliknya menyifatkan memberi banyak kelebihan kepadanya. -- Agensi
Faida Rahim
Wed Oct 26 2022

Tegas Adidas, syarikat memutuskan menamatkan segala kerjasama dengan Ye serta-merta, menamatkan pengeluaran produk Yeezy serta menghentikan segala pembayaran kepada Ye dan syarikatnya. - Foto REUTERS
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Adidas disaman pelabur berhubung perjanjian bersama Kanye West
Pelabur mendakwa Adidas gagal mengehadkan kerugian kewangan dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan pendedahan mereka.

Nasib stok kasut Yeezy Kanye West masih belum diketahui
Jenama Adidas dilaporkan masih belum membuat keputusan terhadap nasib koleksi Yeezy hasil kolaborasi bersama penyanyi rap Kanye West atau Ye yang bernilai £1 bilion (RM4.5 billion).

Kanye West mahu bertanding Presiden AS
West yang turut menggunakan nama Ye, menyiarkan simbol dalam ciapan di Twitter dengan 'Ye' dan nombor 24.

Kanye West hilang status bilionair
Kanye West hilang status bilionair selepas perjanjian bersama Adidas ditamatkan susulan kontroversi kenyataan anti-semitik.

Adidas tamatkan usahasama dengan Kanye West
Susulan kenyataan anti semitik, syarikat jenama Adidas menamatkan kontrak bersama penyanyi rap, Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye.

Makin gila dan celupar, Balenciaga akhiri kontrak bersama Kanye West
Pihak Gap Brand pula mendedahkan menamatkan kerjasama mereka kerana sudah tidak memiliki visi yang sama.

Kanye West disaman RM1.18 bilion
West cuba mengaitkan kematian Floyd dengan pengambilan fentanyl.

Kanye West beli rangkaian media sosial Parler
Selepas Instagram dan Twitter menghadkan akaunnya kerana dilabel sebagai anti-Semitik, penyanyi rap terkenal Kanye West bakal membeli platform rangkaian sosial Parler.

Muatnaik ciapan provokasi, akaun media sosial Kanye West disekat
Gara-gara memuatnaik hantaran serta ciapan yang berisiko mencetuskan provokasi berulang kali, akaun Twitter dan Instagram penyanyi rap terkenal akhirnya disekat.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II ubah sifat Kanye West
Kanye West mengaku mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya.