Adik lelaki kepada pensyarah warga Palestin, Dr Fadi Al Batsh yang dibunuh kejam pagi Sabtu lalu, dilihat muncul di perkarangan Unit Forensik Hospital Selayang di sini, sekitar 9.30 pagi tadi bagi proses pengurusan membawa pulang jenazah abangnya ke Gaza.
Lelaki terbabit, Dr Rami Al Batsh, 31, dilihat muncul bersama isteri mangsa, Enas, 30, sambil ditemani beberapa kenalan lain.
Seorang daripada rakan Allahyarham yang hadir sama, dikenali sebagai Dr Abdul Rahim, berkata mereka hadir bagi menyerahkan beberapa dokumen untuk menuntut mayat Dr Fadi.
BACA: Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi
Katanya, sebelum jenazah Allahyarham boleh dibawa pulang ke Palestin, pihaknya perlu melakukan beberapa prosedur yang mengambil masa satu hingga dua hari termasuk mendapatkan kebenaran membawa keluar jenazah dari negara ini.
Dalam pada itu, tinjauan Astro AWANI mendapati ramai kenalan dan pelajar Dr Fadi dilihat memenuhi ruang bilik mayat bagi menziarahi jenazah buat kali terakhir.
Mereka turut menzahirkan rasa kesal dan sedih kerana kejadian ini membabitkan seorang pensyarah dan imam yang dikagumi penduduk.
"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham ialah Jumaat lepas, sehari sebelum dia meninggal dunia. Kami ada buat presentation dengan dia, itu kali terakhir kami dengar dia beri pujian dan senyumannya. Beliau seorang pensyarah yang sangat baik dan berdedikasi," kata Fatin Najwa Hanafi, seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di mana Dr Fadi mengajar.
Seorang lagi pelajar UniKL, Nursyazira Fazren Zainal Arifin, berkata setiap kali Dr Fadi berjumpa dengan mana-mana pelajarnya, dia pasti akan memberi salam.
"Kali terakhir saya bertembung dengannya ialah pada hari Khamis, masa itu dia dalam kereta. Namun dia berhenti dan memberi salam kepada saya.
"Semua pelajar di sini macam tak percaya dia sudah tiada, memang tiada apa-apa tanda yang dia akan pergi meninggalkan kami. Kami amat terkejut dengan tragedi pagi Sabtu lalu," katanya.
Sejak pukul 10 pagi tadi, lebih 20 jurugambar dan wartawan dilihat mula menunggu di perkarangan hospital bagi mendapatkan perkembangan lanjut kes pembunuhan Dr Fadi yang turut mendapat perhatian media seluruh dunia terutama di Asia Barat.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi sabtu, Dr Fadi yang juga seorang imam ditembak mati ketika sedang berjalan ke surau berdekatan sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat subuh.
Polis kini sedang mencari dua suspek dalam kes berkenaan.
Astro Awani
Mon Apr 23 2018
Sebahagian rakan dan pelajar UniKL menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Dr Fadi di Hospital Selayang pada Ahad. - BERNAMA
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Jenazah Dr Fadi dibawa pulang ke Mesir petang ini - MyCARE
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam satu kenyataan media berkata, sudah ada kelulusan bawa masuk jenazah warga Palestin, Dr Fadi Al Batsh ke Mesir petang ini.
Adik, isteri Dr Fadi ziarah jenazah di Hospital Selayang
Beberapa ahli keluarga Allahyarham Dr Fadi Al Batsh tiba di Hospital Selayang pagi tadi bagi proses pengurusan membawa pulang jenazah ke Gaza.
Jenazah Dr Fadi akan dibawa pulang ke Gaza - Duta Palestin
Jenazah pensyarah dan imam Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh akan dibawa pulang ke Palestin untuk dikebumikan di atas permintaan keluarganya.
Bunuh imam Palestin: KPN nafi polis lambat bertindak
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata video yang tular di media sosial adalah satu fitnah semata-mata.