RUMAH tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, ketika ditemui media berharap segala proses prosiding pelantikan hakam dipermudahkan.
“Alhamdulillah tenang sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan seperti apa yang kami sudah bincangkan.
“Lebih tenang dan apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang,” katanya yang turut mengiyakan dirinya nekad.
Sementara itu, Nor Saidah berkata, keputusan hari ini bergantung kepada Datuk Red.
“Sepatutnya hari ini untuk lantikan hakam masing-masing tapi Adira ada buat perbincangan dengan pihak Datuk Red, perbincangan akan dibentangkan di hadapan hakim dan kita tengok apa pendirian Datuk Red nanti,” katanya.
Datuk Seri Adnan Abu, 46, atau Datuk Red yang diwakili oleh peguam syarie, Muhammad Akmal Azman pula tiba lima minit kemudian.
Bagaimanapun, Datuk Red enggan memberikan sebarang ulasan dan terus melangkah masuk ke dalam mahkamah.
Pada 5 Mac lalu, Adira dan Datuk Red hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.
Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil JKP manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.
Semalam, Adnan mahukan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan Adira yang juga isteri keduanya menarik balik permohonan cerai mereka.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.
Sebelum itu, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Perkahwinan Adnan dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima anak.
Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua anak dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan. - Gempak
Gempak
Wed Apr 24 2024
Adira tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat untuk lafaz perceraian oleh suaminya, Datuk Red, hari ini.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
Adira fail cerai, suami bantah permohonan
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada Rabu
Adira selamat lahir cahaya mata ketiga
Bayi ketiga pasangan itu lahir pada 1.20 petang, Khamis dengan berat 3.35 kilogram.
Tajuk lagu 'Sembunyi': 'Tak ada kena mengena dengan kisah hidup'- Adira
Penyanyi Adira menjelaskan single barunya, berjudul Sembunyi tidak ada kena mengena dengan kisah hidupnya.
AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.
Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira
Penyanyi Adira meminta supaya tidak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun.