Mesyuarat Pemukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM) hari ini gagal mencapai kata sepakat untuk pemeteraian Deklarasi Bersama Kuala Lumpur.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ia bukanlah perkara yang luar biasa berikutan beberapa isu yang tidak dipersetujui kalangan Menteri Pertahanan negara anggota.
"Kami tidak dapat menandatangani deklarasi itu kerana gagal membentuk konsensus. Tetapi tidak apa kerana kita masih mempunyai saluran-saluran lain," kata Hishammuddin.
"Sidang Kemuncak ASEAN akan berlangsung pada 21 November dan pada 22 November ASEAN dan New Zealand akan meraikan ulang tahun ke-40 hubungan serantau. Saya percaya banyak lagi saluran yang dapat memberi peluang pemimpin-pemimpin negara berbincang dalam masa terdekat," katanya pada sidang media Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM Plus) di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan isu yang tidak dipersetujui di kalangan Menteri Pertahanan ASEAN berkenaan.
Mesyuarat ADMM ketiga itu antara lain membincangkan isu-isu berhubung pertahanan dan keselamatan serantau termasuk isu keselamatan maritim di Laut China Selatan.
Tan Su Lin
Wed Nov 04 2015

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) bersalaman dengan Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus hari ini. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Menteri Pertahanan ASEAN gesa tumpuan ke arah menangani situasi di Asia Barat
Negara-negara anggota menggesa agar perhatian segera diberi dan mengadakan dialog membina demi menangani konflik di Gaza.

Hishammuddin hadiri mesyuarat ADMM ke-16 di Phnom Penh
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-16.

ADMM ke-15: Malaysia cadang ASEAN wujudkan Rangkaian Pusat Pertahanan Siber
ACDN akan menghubungkan semua pusat operasi pertahanan siber negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan kepakaran pertahanan siber masing-masing.

Tangani COVID-19: Menteri Pertahanan ASEAN ikrar kerjasama
Negara anggota mengesahkan komitmen ke arah meningkatkan kerjasama, termasuk dalam kerjasama perubatan ketenteraan dan perkongsian maklumat, untuk memastikan persekitaran aman, selamat dan stabil.

Lawatan Mohamad Sabu ke Singapura ulang tegas hubungan pertahanan
Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) berkata Mohamad melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatannya Dr Ng Eng Hen di kementerian pagi Khamis.

Jangan ambil mudah isu keselamatan serantau - Najib
Ia termasuk subjek di dalam Deklarasi Zon Keamanan, Kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN) dan persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).

ADMM gagal capai kata sepakat
Mesyuarat Pemukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM) hari ini gagal mencapai kata sepakat untuk pemeteraian Deklarasi Bersama Kuala Lumpur.