KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 September, 2023.
Adnan Zaylani sebagai Timbalan Gabenor BNM akan bertanggungjawab menyelia sektor pasaran kewangan dan pembangunan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
"Beliau juga akan menjadi ahli lembaga pengarah BNM dan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa BNM termasuk sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan dan Jawatankuasa Dasar Bersama," kata BNM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Adnan Zaylani memulakan kerjayanya di BNM pada tahun 1994 dan adalah pemegang Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Blavatnik School of Government, University of Oxford.
Selain itu beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dari London School of Economics and Political Science.
Sepanjang tempoh kerjayanya selama 29 tahun dengan BNM, Adnan Zaylani telah terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat yang merangkumi pelaburan dan pasaran kewangan, dasar pertukaran asing, kewangan Islam serta pembangunan sektor kewangan.
Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan dan ahli Jawatankuasa Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation serta ahli lembaga pengarah Kumpulan Wang Amanah Persaraan dan ahli lembaga pengarah International Centre for Education in Islamic Finance.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Adnan Zaylani sebagai Timbalan Gabenor BNM akan bertanggungjawab menyelia sektor pasaran kewangan dan pembangunan, kata Bank Negara Malaysia (BNM). - Foto Bank Negara Malaysia

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.

BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor
Syarikat korporat yang mempunyai baki mata wang asing digalakkan membawa pulang dan menukar mata wang asing mereka.

Adnan Zaylani dilantik Timbalan Gabenor BNM
Bank Negara Malaysia mengumumkan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 September 2023.

Adnan Zaylani dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia
Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata CCRIS adalah sistem pemakluman tentang pembayaran balik pinjaman dan bukannya untuk menyenaraihitamkan pemohon.

Adnan Zaylani dilantik Penolong Gabenor mulai 1 Ogos - BNM
Adnan akan bertanggungjawab untuk Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing, Jabatan Undang-Undang dan Pengurusan Mata Wang serta Operasi.