Ringkasan AI
- Adobe telah mengemas kini aplikasi Photoshop untuk iOS, kini menyokong pelbagai iPhone selain iPad.
- Pengguna boleh melakukan penyuntingan foto dengan mudah pada telefon pintar mereka tanpa perlu mengakses desktop, dengan beberapa ciri percuma dan akses penuh untuk pengguna berlangganan.
- Penawaran ini membantu Adobe bersaing dengan aplikasi lain seperti Canva dan diharapkan menarik lebih ramai pengguna. Versi Android akan dilancarkan tahun ini.
Hari ini, mereka turut mengemas kini aplikasi iOS berkenaan, sekali gus turut menambah sokongan untuk boleh digunakan pada pelbagai iPhone.
Melalui aplikasi Photoshop ini, pengguna dengan mudah boleh melakukan penyuntingan pada telefon pintar mereka, tanpa perlu mengakses desktop.
Sejumlah ciri percuma terhad ditawarkan, dan pengguna yang mempunyai langganan boleh log masuk dan mengakses penuh pelbagai ciri penyuntingan yang disediakan.
Penawaran aplikasi iPhone dijangka akan membolehkan lebih ramai pengguna menggunakan penawaran mereka, sekali gus menjadi pengguna setia sehingga ke peringkat desktop.
Ini juga memastikan Adobe terus bersaing dengan pelbagai penawaran lain, termasuk Canva.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat turun Photoshop untuk iPhone di AppStore. Versi untuk Android akan hadir kelak pada tahun ini. -Amanz
