KUALA LUMPUR: Data yang dikumpul menerusi aduan Kempen MYJalan dijadikan sebagai data induk dalam menganalisis kerosakan dan memperbaiki jalan raya di negara ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata data itu dapat membantu Kementerian Kerja Raya (KKR), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membuat perancangan termasuk ketika memohon peruntukan penyelenggaraan jalan daripada Kementerian Kewangan.
"Sehingga pagi ini, kementerian menerima sebanyak 5,000 aduan menerusi kempen MYJalan sejak ia mula dilancarkan dan aduan begini bukan sekadar untuk kita kerahkan kerja untuk memperbaiki jalan, tetapi juga akan kita gunakan untuk mengumpul data berkaitan jalan.
"Data itu boleh kita manfaatkan nanti dan kita juga sudah buat analisis pada aduan itu. Misalnya daripada 5,000 aduan yang diterima, hanya 27 peratus berkaitan dengan jalan Persekutuaan dalam seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR ).
"Selebihnya adalah jalan di bawah seliaan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya ketika menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM yang disiarkan di saluran TV1 hari ini sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Kempen MYJalan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lepas merupakan satu platform advokasi kepada semua seperti pihak berkepentingan, pengguna, pemain industri lebuh raya selain memberi ruang kepada pengguna membuat aduan sekiranya berlaku kerosakan jalan.
Sementara itu, Nanta berkata pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah memberi pilihan luas kepada orang ramai dalam membuat pembayaran tol.
"Apabila saya masuk ke kementerian ini, saya percepatkan dan tingkatkan usaha ... sekarang sudah beberapa tol yang memberi perkhidmatan ini.
"Ia penting kerana selama ini aduan daripada pengguna jalan raya, kesesakan yang berlaku di plaza tol berlaku kerana kita tertumpu hanya kepada pengunaan satu kaedah sahaja sama ada Touch n Go atau RFID.
"Kalaulah pemandu itu hanya mempunyai kad Touch n Go dan tiba-tiba berlaku masalah seperti kekurangan baki atau masalah lain pada kad, maka dia terpaksa mengundur kenderaan sehingga berlaku kesesakan, jadi apabila ada sistem pembayaran terbuka yang menerima kad-kad lain, ini memberi cara pembayaran lebih meluas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Alexander berkata, data itu dapat membantu KKR, kerajaan negeri dan PBT dalam membuat perancangan termasuk ketika memohon peruntukan penyelenggaraan jalan daripada Kementerian Kewangan. - Gambar/ Bernama

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.
![[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan [KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724432303_TBNANTALINGGI.jpg)
[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan
Jangan pandang mudah lubang jalan yang mungkin hanya sebesar tapak tangan, kesannya boleh meragut nyawa.

Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.

Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.

KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.

Siri Jelajah MYJalan KKR akan dilancar, Johor jadi negeri pertama
Program jelajah berkenaan akan bermula di Johor selepas pihaknya menerima pelawaan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz sendiri.

KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.

Aduan menerusi kempen MYJalan dijadikan data induk - Alexander
Data yang dikumpul menerusi aduan Kempen MYJalan dijadikan sebagai data induk dalam menganalisis kerosakan dan memperbaiki jalan raya di negara ini, kata Menteri Kerja Raya.

KKR akan perkenal Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperkenalkan Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar di jalan seluruh negara di bawah Kempen MYJalan.